Saturday 26 December 2015

Overland Tour : Siem Reap , Kemboja

Assalamualaikum...

Berkurun rasanya aku tak menjenguk belog ni sejak last entry China.Tu pun tak habis lagi nak menaip.haa..Entry China tu aku hold kejap la no..Memandangkan memori aku pasal trip overland kali ni maseh bersinar,jadi aku teruskan aje dengan menaip trip overland ni..Trip kali ni aku cover Siemreap - Bangkok - Ayutthaya - Butterworth..Biasa aku akan ambil masa lebih kurang 8 or 9 hari (maximum).Pada awalnya,budget aku untuk trip kali ini lebih kurang dalam lingkungan 700++>800++. Tapi memandangkan currency kita pun semakin hari semakin menjunam,aku terpakse up budget aku jadi rm1000.Untuk di siem reap aku guna dalam 100usd (balance 25usd) dan di Thailand aku convert dalam 5400bath. Bayangkan aku dpt tukar USd =rm4.30 and Bath pulak aku dpt Rm12.03...Sodey ati mokcik nak oi.Takpela,yg penting Malaysia aman sejahtera..

15 October 2015 : Day 1
Bermulanya al-kesah.....

Flight kami bertolak ke siemreap pada pukul 6.50am dan tiba lebih kurang dalam pukul 10.00 am.Disebabkan aku booking tiket awal pagi,jadi kami haruslah merempat di KLIA 2 memastikan kami tak tertinggal flight..Before nak bertolak tu sempatlah kami menapau burger KFC buat juadah sarapan kt siemreap.Aku sempat jugakla buat tinjauan dalam flight tu ,tengok-tengok mana tahu bole sapa-sapa time kat siemreap nanti..Rata-rata penumpang ramai foreigner.Umat malaysia boleh dibilang berapa ketik je.haa..Satu peel aku,asal naik je kapal terbang ,start pening datang.Nak taknak,tidur jela jawapannya..hahah

Untuk penginapan di siemreap ,aku memilih untuk stay di MINGALAR INN aka Mandalay inn.Hostel ni dah siap free pickup dari airport ke hostel.Kira servis and room rate kt hostel so far okeyla.Affordable .Cuma ada satu malam tu,lipas masuk bilik.Dua-dua takut lipas pulak tu.Ha,memang tak senang duduk jawabnya..haha..Untuk menempah,korang boleh menggunakan khidmat booking.com ataupun website www.mingalarinn.com.Aku gune booking.com sebab tak payah bayar deposit.Bayar cash je kat sana..Perlu diiingatkan bahawa waktu kemboja lewat sejam dari malaysia.Harap maklum.So,kene pandai-pandai adjust masa..heeee....

#Salah satu service hostel -tuktuk pickup


#Betul-betul muat 2 orang

Kalau nak ikutkan plan, 1st day kami akan ke Angkor Silk Farm and round around bandar Siemreap.Buat pengetahuan semua,tour ke Silk Farm ini cuma ada dua sesi sahaja ; pukul 9.00am & 2.00pm . Disebabkan kami pun tiba kt siemreap pukul 10.30am,nak taknak terpaksa kami jooin sesi kedua.Tapi,untuk mengelakkan dari seat penuh,kami decide untuk pergi booking siap-siap.Manalah tahukan,karang melopong pulak.Yang best pasal Silk Farm ni,tour ni FREE hokey.So,bende dah FREE memang patut aku recommend join tour ni..Betul tak??hee.Selesai sesi check in,kami terus letak beg dan menuju ke Artisan d'Angkor. Menurut receptionist disitu,Angkor artisan terletak tak jauh pun hostel yang kami stay.Tak sampai 5 minit,dah sampai.


#Laluan ke bilik

#Katil aku nun hujung tu..
Sampai je kat sane,terus booking.Alhamdullillah,seat masih lagi kosong dan  kami adalah orang pertama yang booking untuk sesi kedua tu..Aku fikir,entah-entah kami je kot yang join tour ni..Andai kata kami saje ,terasa macam amik private tour..ko hado??hahah...Selesai segala urusan,kami terus balik bilik untuk melepak and sarap makanan yang kami tapau tadi..Then,kami decide pukul 1.00pm baru gerak  ke Angkor de Artisan.Sebelum tu,sempatlah juga kami  membuat tinjauan di tempat ni..


#Jalan ke Artisan d Angkor

#tada.!!!sampai ..

#Sejarah tentang Artisan de Angkor


#Nilah mesin menenun..klasik

#Bilik craft

#Salah satu bentuk craft yang di pamerkan di sini..Kalo mampu beli la no buat survenir..

#Pelanggan yang konfem beli punye..

#Van yang bakal kami naiki..Selesa beb.


Lebih kurang pukul 1.00pm , kami bersiap ke sana.Oleh sebab  kami tiba awal,so kenalah melepak sampai pukul 2.00pm.Nah,angan-anganku berkehendakan "private tour" tak kesampaian.Ada 2 lagi couple join tour ni dengan kami.satu couple tu dari German dan satu lagi dari Austria..Walaupun tour ni percuma,van yang kami naiki memang comfort gile.Luas dan besar.Nora bagi 5 bintang!!heee.Sebelum nak bergerak ke Silk farm tu,tour guard tu sound kapel dari Austria tu sebab duduk kat pagoda hiasan.Menurut tour guard walaupun hiasan pagoda tu dikira sebagai simbol religion bagi orang kemboja.Jadi,kat sana kena berhati-hati walau apa jua kelakuan .Takut menyinggung orang kat sana pulak kan.mmm..Ok,perjalanan ke Silk Farm ini makan masa lebih kurang dalam sejam jugak kot.Aku ni macam dah nak terlentok je kat bahu member sebelah ni.haaaa..

Secara ringkasnya tentang Silk farm ini, ia merupakan pusat IKs bagi rakyat tempatan menjana pendapatan melalui jualan sutera.Disini kami ditunjukkan bagaimana penghasilan kain sutera dari A hingga Z. Yang buat aku kagum kat sini, segala penghasilan kain sutera ini adalah buatan tangan ;start dari penjagaan ulat sampailah pemintalan kain.Takjub bila tengok dorang menenun..Menurut pakcik tour,kalau guna mesin,karang rakyat takde keje pula.Logikkan..Lagi satu ,tak semena korang boleh tahu kitaran hidup ulat sutera. Kira dah macam lawatan sambil belajar..Untuk penghasilan warna pula mereka menggunakan alam semulajadi seperti daun,kulit kayu ..Kreatifkan,Pandai mereka menggunakan ciptaan Allah dengan sebaik-baiknya..

*info : ulat sutera akan mati jika dipegang oleh tangan yang ada losyen atau minyak wangi.

# ulat sutera

# proses pengasingan ulat sutera dari benang sutera

# proses yang sama


# bahan warna untuk benang

#proses pintalan

#baju tradisional rakyat kemboja

#salah satu baju pengantin

# baju yang di buat dari kepompong ulat sutera.Dikatakan anggaran baju bernilai beribu usd..Ade bran nak pakai??



#alat pintalan


#Sempat selpie with tour guard kami.muke aku dah sememeh..


#focus kat omputeh kat belakang nun.Salah sorang geng tour kami...Motip sgt.!!! :P

Selesai tour,mulalah perut aku bergendang.Member aku gugel,ada satu restoran halal di siem reap yang menyajikan sajian popular di kalangan traveler dari malaysia iaitu "beef climbing mountain".Nah ,masa inilah berlaku adegan sesat menyesat kat bandar siem reap nak mencari restoran muslim.Biasakan,lumrah hidup katenye..Adat mengembara,tak sah kalau tak sesat.

Pada awal perancangan, kami memang nak guna basikal je sepanjang di siem reap.Tapi disebabkan "mereka" inilah kami tukar plan sewa motor basikal.Ermm..Sudahnya DISASTER..Bila mengenangkan balik kejadian tu,memang bertambah trauma aku dengan motor..Itu kisah, aku explain later..Disini  banyak kedai menyewa basikal.rate yang mereka tawarkan sehari sewa 1USD.Banyak juga procedure nak menyewa ni.Korang kene bagi ic atau pasport kat dorang or deposit 20USD (ke lebih).Kami memilih bagi deposit dan sewa selama 2 hari.Terus terang aku katakan bahawa kondisi basikal di siem reap amatlah kureng dan agak usang.Agak payah bila time nak mengayuh.Berat kemain..Better basikal di Ayutthaya..hee

Sebab aku kedekut nak beli prepaid kemboja,jadi memanglah totally lost internet.Nak carik restoran tu ,terpakse aku save gugel maps.Ha kau,gugel map ni memang serabai.Ntah mana-mana hala je dia  bagi jalan.Memang tak update langsung.Kami ni lost abislah weh..Kami try tanye local,dorang memasing taktau restoran tu.Harem sungguh.Dahla perut lapar,panas pulak tu.Silap-silap memang boleh patah semangat nak cari.Ada sampai satu tahap tu memang give up ,nak balik makan maggi je.Tapi,Alhamdulillah..Allah memang selamatkan kami.Time ni kami selisih dengan penumpang tuktuk yang kebetulan seorang muslim..Awalnya memang nak tanya kat penumpang tu ,tapi drebar yang bagi respon.Dia suruh follow.Ini jam juga kalau dia mintak upah,aku bagi je.Tapi,dia tak mintak pon.Save duit makcik.hehe Tapi moga Allah murahkan rezeki dia..Amin...Sebenarnya,nak ke restoran tu dekat je kot.tak payah dok pulun kayuh basikal.Jalan kaki je dah sampai.Actually kedudukan restoran ni agak tersorok,tapi dekat dengan angkor de artisan.Disini aku sertakan sekali peta nak ke restoran,jika korang duduk di mandalay inn.


#peta cincai je..harap pahamlah no..
Tiba di restoran,kami disambut dengan salah seorang staf restoran,Zaki nama dia..Boleh speaking melayu.Restoran ni diusahakan oleh keluarga Zaki sendiri..Dalam ramai adik-beradik,dia sorang je boleh speaking melayu.Kebetulan,nama adik dia sama dengan nama aku.Kurlass kau..hahaah..

Tanpa membuang masa,kami pon order  femes dish tu.Totally ,memang tidak mengecewakan.Rasa berbaloi sesat kami tu nak cari restoran ni.Sedap okey dish tu.Bertambah sedap bila saat perut lapar gile babeng..Highly recommended!!!Sempat jugak aku rakam cara-cara nak masak dish tu.Yang ajaibnya,tak guna bahan perasa langsung,cuma letak mentega je.Tapi rasa dia memang terbaik beb.tumbs up 10x!!Di restoran ni kami berkenalan dengan kazen dari mesia.Kami ingat kapel datang honeymoon,rupenye kazen..Dorang pon startlah cerita pegi angkor wat bagai..Disebabkan dorang inilah kami decide tukar basikal ke motor basikal.cess!!!Menurut "H",kalau boleh baik pegi pagi-pagi buta subuh shepie..Boleh tengok sunrise kekdahnya..So,apa lagi memang kene gerak awal jawabnya esok..


#Beefclimbingmountain...
...Bersambung



























Saturday 16 May 2015

Mencari The Great Mosque Xian..!!

sambungan dari episod sebelumnya.........

25hb Oktober 2013

Experiencing China : Xian (Episode 4)


Selesai puas kami meng'qada' tidur,tibalah masanya kami bersiar-siar disekitar bandar Xian.Tempat pertama yang kami tuju adalah The Great Mosque of Xian.Masjid ini terletak betul-betul di Muslim Quarter. Jarak perjalanan dari hostel ke Muslim Quarter tidak jauh,hanya memakan masa selama 5 minit.



Buat pengetahuan semua,lokasi masjid agak tersorok,dimana ia terselindung antara  deretan kedai-kedai menjual pakaian dan cenderamata.Korang harus melalui kedai-kedai tersebut ,baru jumpa masjid Kedai tersebut berada hujung laluan Muslim Quater.

~: Jalan menuju ke masjid



~:Kalau nampak patung ni,kedai tu dah dekat.


       ~: Inilah deretan kedai yang aku maksudkan






According to our pakcik wikpedia,masjid asal ini dibina sekitar tahun 792 masihi semasa pemerintahan Dinasti Tang. Kemudian kerja pembesaran kawasan masjid dijalankan semasa pemerintahan Dinasti Ming dan diteruskan oleh Dinasti Qing.Korang bayangkan ,betapa utuhnya bangunan ini walaupun sudah berapa abad berlalu.Subhanallah.Habis mukaddimah pasal masjid ,jom layan gambar yang berjaya aku snap di sekitar kawasan masjid.

















~: Ruangan solat


                                                 ~: Antara ayat-ayat di dinding masjid


~ Tinggalan furniture yang masih kukuh semasa Dinasti Ming

                                      ~: Muka uncle ni ada iras-iras pakcik belah bapak aku..


Tengah ralit snap gambar,kami ditegur oleh seorang lelaki dan seorang wanita.Dorang ni student UMP.Yang pompan tu dari Iran dan lelaki tu pior warganegara china.Dorang ada event apentah kat Xian ni,tapi yang aku sure under Universiti punye tajaan.So,ade masa terluang,dorang bersiar-siar la dulu .Alang-alang katanya.Sesuai dengan pepatah melayu "menyelam sambil minum air"..hehehe

                                      ~; Susunan tangga yang tidak disengajakan.hehehe

Usai membelek masjid,kami ke Muslim Quarter untuk mencari makanan.Amat bersesuaian sekali memandangkan perut kami pon sudah berkeroncong.Walaupun kat sini sudah di "qoute" Muslim Quarter,korang kene berhati-hati jugak nak cari makanan.Kami ada nampak satu gerai jual kaki haiwan.Aku tak pasti(sebab aku tak tanya) tapi aku yakin yang tu nampak macam kaki b**i.Dan kawan aku pun mengkompemkan pendapat aku.Cuak kan..!!





Kami taktau nak order apa,tapi.bila tengok satu mee tu,nampak macam sedap.Pastu tengok ramai orang order mee tu,makinla kami pon ikut orang order bende yang sama.Bagi aku,bila ramai orang order,maka makanan tu pon mestila sedap jugak kan.Menurut taukey,mee Biang-biang ni famous waktu musim luruh.Apelagi, kami pon order bowl besar (tak hagak-hagakkan).Sekali masuk mulut,ermmm........Tak sedap hokey!!!Hilang selera.Kalo aku tawu pilih je mee sup .Konon kata nak try.Hambikla ko!! 15yuan terbang gitu je.Rugi lahai.

                                        ~: Nampak macam menyelerakan..????

Habes sesi membayar,kami round-round muslim Quarter.Ade satu blogger recommend satay kambing.Aku try carik satay kambing.Terbukti memang sedap.Rasa pedas-pedas manis.aku amik 2 batang.Harga sebatang dalam 5yuan.Walaupun harga hagak mahal,tapi berbaloi untuk rasa.Paling favorite aku kat sini adalah air jus delima.Rasa memang pior bhai.Recomended!!harga 10yuan.

                               ~: satay kambing yang mabeles..

Betulah orang cakap,bila perut kenyang ,hati pun jadi senang..hhahaah..Bila hati dah senang,kami pon berangkat pulang ke hostel memandangkan esok kami kene bangun awal untuk ke TERRACOTA ARMY..yeehaa!!

Stay tuned................
                                             



Monday 4 May 2015

Experiencing China : Beijing ~ Xian (Episode 3)

Hello dan Assalamualaikum dunia..!!!

Sekejap je cuti abes sekelip mata,tapi satu entry pun tak siap lagi. Lahai. Banyak lagi kot rasanya entry nak kene buat..So,aku bajet kalau dapat siap 2 entry,elok sangat dah.Tanpa melengahkan masa,sekarang,kita start enjin.Jom kita racing.Vroom vrooom!!(bukan MYVi ohkey!!)hahah..

24th Oktober 2013

Experiencing China : Beijing ~ Xian (Episode 3)


Hari ini merupakan hari terakhir aku di Beijing.Tiket aku ke Xian pukul 7.50 malam.Kami bercadang nak start gerak lepas adik-adik ni abes kelas (tengahari).Bolehlah kami lunch sama-sama before sesi selamat tinggal.Dalam pukul 12.00 gitu,Fiza and the geng sampai di pintu dorm.Kami kata nak lunch sama-sama,so dorang bawak kami ke restoran sebelah university.Di jamin halal..ahahah..Time order,kami serahkan 100% kat adik-adik ni.Bila kami nak bayar,dorang kata nak belanja.Jeng,jeng.jeng!!Walaupun rasa macam serba salah,tapi rezeki dah datang,amik jela kn.(dalam hati bahagia)heheh..:D.Moga rezeki melimpah ruah buat korang semua..Amin..

Satu adegan memalukan aku di restoran ni.Tengah-tengah nak cari seat,boleh pulak aku tersadung ,Kedebuk jatuh.!!hahah.Nasib baiklah tak berapa ramai yang tengok.Tapi kompem malu kot.Mungkin sebab aku takleh nak imbang angkut beg.Yelah,beg 10 kilo katenye (salahkan beg)

 Mee  yang ummp..!!


Nampak sebaya tak??kehkehekeh





   # p/s:Buat adik-adik sekalian,terima kasih daun keladi bagi stay kat hostel korang..Kalau dah balik mesia,contact-contactala kami ni ye..Guna FB pon boleh.Manalah tahu,boleh ketemu kan. :D


Usai makan,kami pon sedia nak berangkat .Before nak ke Beijing West Station,kami nak singgah sebentar ke Silk Market untuk beli sedikit survenir.Untuk kesana,kami tahan cab aje.Dari Universti ke Yong An li ,kami kene ketuk dalam 110 yuan.Tambang memang mahal,tapi sebab kat beijing ni kami dapat cover bajet,tu yang berani amik cab ke Yong An li.heheh..Cab drop kami di stesen subway yong An li.Buat pengetahuan kalian,laluan Silk Market ni bersambung dengan laluan subway Yong An li.So,dari subway Yong Anli,korang ambil exit A..Kompem jumpa.

Habis urusan di Silk market,kami terus menuju ke Beijing West Station.Walaupun waktu masih awal lagi,tapi aku rasa better sampai sana awal.Takut kene tinggal.Sampai-sampai je kat sana,takde tempat duduk.Semua full.Terpaksa kami duduk beralaskan beg.Aku rasa Beijing West Station ni memang besar weh.Aku rasa macam besar airport pun ada.



                      
  # Ruangan menunggu.

Hampir waktu departure,semua orang dah start beratur.Bila gate open,orang pun mulala berasak-asak.Macam biasa,keretapi kat sini memang style parking jauh.Kami memang terpaksa berlari sambil cari gerabakSemput.!!Masuk-masuk je dalam gerabak,terus je keretapi gerak.haa.!!Silap timing,memang kene tinggal weh.


                                      
 Aku bayangkan "hard seat "yang aku dapat  macam tempat duduk KTM.Ternyata berbeda sekali,jah.Dia bagi memang betul-betul original "HARD" seat.Duduk mengadap 5 orang.Bayangkan perjalanan ke Xian ambil masa dalam 10 jam.Dengan seat yang macam kayu,memang kematu weh punggung.Sebab bajet punya pasal,kami terima sajalah.Janji sampai,sudah..

# Dinner.Sedap kau!!

Sekitar jam 8.00 pagi,kami tiba di bandar Xian,Maka berakhirnya penyeksaan "HARD seat" selama 10 jam .Keluar dari stesen keretapi,aku mencari-cari kelibat staf ambil pick up aku kat sini.Tak lama mencari,akhirnya ketemu jua dengan si Tom aka staf hostel .(sebenarnya aku lupa nama dia sapa,aku main bubuh je)hehehe.Tom terus bawa kami ke teksi dan menuju ke hostel.Di Xian ni,kami menginap di Hantang inn.Sebab apa aku pilih stay kat sini??? Sebab utama aku memilih ini hostel adalah,hostel dekat gila dengan Muslim Quarter.Jadi,mudah untuk  aku mencari makanan halal. Hostel ini juga mendapat review yang baik daripada traveller sampai di "recommended " by www.hostelbookers.com dan juga www.hostelworld.com.

Sampai di hostel,aku terus menuju ke kaunter.Tiba-tiba!!Staf kat kaunter bagitau aku yang aku salah masuk hostel.Hostel yang aku booking ni 10 meter dari sini.Kiranya cawangan lagi satu.Pulak dah!!.Nak tak nak terpaksa menapak 10 meter lagi baru sampai hostel.Sambil mengangkut beg 10 kilo,kami pun melaratkan diri menapak ke "kakak" Hantang inn.Sampai aje di hostel yang benar,aku pun terus check in kat  kaunter .Dapat je bilik,kami pun bersihkan diri dan meneruskan misi meng'qada' tidur .haha..Kami decide petang baru kami jalan ke muslim quarter...

*kunci bilik.

*Bilik aku..

 *Loker


 *Katil orang tengah study.


 *ruang legar hostel


To be continued.............. :D