Saturday, 25 April 2015

22hb Oktober 2013
Experiencing China : Beijing (Episode 1)

Bertemu kembali.....

Malam tu aku cume lelap 2jam je..Pagi-pagi  dah dengar adik-adik kecoh bersiap nak pergi kelas.Terasa macam kat asrama pulak kan.Bangunan hostel ni campur lelaki perempuan.Budak-budak lelaki stay kat tingkat tiga ke empat(aku tak sure).Jadi,kena berwaspada kalau keluar toilet..ehehe..Aku tunggu adik-adik ni abeskan mandi,baru aku settle down urusan aku.So,plan awal hari ni kami akan ke Beijing West station (beli tiket ke Xian),Tianmen Square ,Forbidden Palace, check in hostel Qianmen,dan Masjid Niujie.Bincang punye bincang,adik-adik ni cakap sepanjang kat beijing ni stay aje kat bilik dorang..Berita yang baik ni.Tak payah aku keluar duit bayar hostel. Sebelum kami nak bergerak,Ijan aka roomate sementara aku bagi direction nak ke beijng west station. Risau katanya takut kami ni sesat..Almaklumlah,rata-rata warga tempatan tak reti speking..ahhaaa..Apepun dik,makasih ya...Info yang diberi digunakan sebaik mungkin..

Lepas abes tunggu adik-adik ni pergi ke kelas,aku dgn Farhanna pun start gear 2 menuju ke bus stop .Kata Ijan,,Bus 563 ni akan turun di National Library.Yang bestnya di beijing ni,tambang public transport sangat-sangatlah murah.Untuk bas,tambang cuma 1yuan dan untuk subway pula 2 yuan.Tak kirala korang transit kat mana-mana line,korang tetap kena charge 2 yuan je.Melainkan kalau dah keluar dari station,memang kena beli tiket baru la jawabnya.

Ko rase paham ke tak?

beg sama macam baju hakak kt depan nun..kihkihkih


Disebabkan time kami pergi ni line 9 still under construction.Jadi untuk  ke Military museum station,kami kena transit dari line 4 (Xiyuan) ke line 1(Military Museum station).Awal-awal tu agak pening nak ikut exit mana.Last-last hentam je.




Memang jauh bhai dari military museum nak ke beijing west station.Ni tahap tak bawak beg besar,kaki dah letih.Almaklumlah,aku ni kan rajinla sangat bersenam..haha.Bagi memastikan kami dijalan yang benar,kami try tanya kat orang tempatan,dia kata terus je lagi..Cara mamat tu cakap macam dekat je lagi,tapi sebenarnya jauh lagi.Adalah dalam 2 blok. Huhh..Baru destinasi pertama ,bateri dah kiok.





















Setelah 30 minit berjalan..!!!


Bila aku nampak je bangunan tu,terus snap gambar.Akhirnya,berjaya jugak sampai je di Beijing west station.Untuk train ke xian ,aku banyak refer di www.seat61.com atas info dari backpackerbusuk.blogspot.com . So,kalau korang rasa  riki-riki nak buat overland ke ,www.seat61.com akan membantu dengan info-info yang bagus banget.. 

Sampai-sampai je aku taktau nak masuk ikut celah mana sebab tempat ni besar gile.Lama jugak kami cari kaunter tiket.Tanya dekat staf,dia bagi kaunter mesin pulak dah..Confirmla aku tak boleh sebab kene guna i.d card.Cari punya cari,akhirnya berjaya jugak.Rupenya kaunter tu kat tingkat 2 ,kene masuk dalam.Apalah bengong aku ni kan..haaa.Dalam tu punyela kecoh.Ada pakcik gaduh dgn staf kat kaunter.Aku rasa dorang gaduh pasal tiketla kot.Aku agak-agak je.haha.Tapi memang kecoh,sebab satu tempat tu boleh dengar sore gaduh.Taktaula kalau dorang cakap memang style gitu.Aku sangka baik jela.So,aku pon beratur di line english counter.ha,time ni pulak aku yang gaduh .Tak gaduh besar pon,sikit je.Bukan dgn staf,tp dgn makck tak paham bahasa.Mungkin kat msia ni aku dah biasa beratur bengkang bengkok.Jadi tabiat ni aku terpakai kat beijing.

Alkisah ,tengah aku beratur tu ,sedap-sedap je 2 orang pakcik masuk line aku.Takpela,orang tua,bagi jela.Tetibe je makcik sekor ni pulak tuduh aku potong barisan.Aik.Panas betul ati nih..Dahlah penat,main tuduh-tuduh pulak.Amboi..!!Dia bising-bising ngn member dia.Lastly aku cakap"makcik,saya dah beratur lama dah,jadi tempat ni saya punya".So,Aku buat tongong je beratur.Lantak kola makcik..Bising pun,bukan aku paham.hahaha.Moral of the story,kat sini,kalau korang nak beratur,jangan ade ruang sikit pon or bengkok.Kalau tak,jadila kes macam aku ni . haaa.nasib..Sampai je turn aku,aku mintak tiket ke xian 24hb ni,hard sleep..Tiket ade,tapi hard sleep dah abes,tinggal hard seat je..Okla kak,hard seat pun,hard seatla..Janji sampai xian..

Mission completed..!!!


Sebab dah lari banyak masa,kami skip Tian An men Square dan terus ke Forbidden palace..Tian An men Square ni ibarat macam dataran Merdeka.Jadi tak pegi pon ,aku rasa takpe.So,dari Military museum ke Tianmen west,korang stay je di line 1.Dari exit Tian An men west nak ke Forbidden palace teramatlah jauh bak hang.Korang merasa turun tangga naik tangga..Bangunan dah nampak,nak capai tu jauh lagi..Hadui..What the day..pweuh..

Sepanjang perjalanan nak ke forbidden palace ni,ramai betol warga china datang melawat.Mungkin dorang ni dari pelosok mana-mana kan..Nak kata cuti sekolah,tak pulak.Tapi siap bawak anak beranak..Baguskan bagi anak-anak kenali sejarah sendiri..Aku ni yang tengok depan mata pon rasa kagum.Terpengaruh dengan cite TVB..Terasa zaman kungfu,shaolin gitu...Epik..!!

Nenek ngn atok dating..Comey je tengok..!!



Relax bersama roti gardenia .Nak charge bateri katenye..konyang sampai ke malam.. :P




Alkisah suatu cerita.......

Forbidden Palace aka Kota Larangan dibina pada tahun 1406 semasa pemerintahan Dinasti Ming aka Han dan diteruskan semasa pemerintahan dinasti Qing aka Manchu sehingga tahun 1420.Nak diikutkan cerita,Manchu ni adalah penjajah dan bukannya warga tempatan .Salah satu faktor kejatuhan Qing adalah disebabkan pemerintahan yang korup dan ketidakpuashati rakyat tempatan yang berbangsa Han.Disitulah lahirnya Dr Sun Yat Sen dan bermulalah sistem pemerintahan komunis oleh Mao Ze Dong.Kini,Kota larangan diikhtiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage site pada tahun 1987 kerana senibina yang mengagumkan dan ia masih berdiri kukuh hingga sekarang.Walla..!!!

Forbidden Palace dibuka dari 8.30 pagi - 4.30 petang. Tapi kaunter tiket hanya dibuka hingga jam 3.30 petang.Untuk tiket entrance pula ,adalah RMB60 sorang. Bagi yang rasa nak kaji -mengkaji,bolehlah spend 1jam kat sini.Berbaloi..!! Habis topik sejarah,jom bagi layan ini gambar..






























Assalamualaikum,saya datang nak raya.. :p





Tegaknya bang berdiri..!!!pewitt..






Under construction...






Ramainya umat manusia..







Kiri kanan,kiri kanan..!!!!!


Ada kerusi bagi sesiapa yang dah penat..




Singgahsana Maharaja




Sang singa penjaga Istana....







                                                           Taman Botani..ke pintu keluar..






Sepanjang pemerhatian aku,kanak-kanak kat sini tak pakai pampers..Sebab tu buat lubang kat seluar.Kalau-kalau nak berak ke,kencing ke,terus je cangkung.Ada satu part kat forbidden palace,tengah aku relax bersama kit kat,nampak sorang mak ni cepat-cepat suh anak dia cangkung .Melepas kat batu..ermmm...Orang putih tengok geleng kepale je..Aku??terus simpan cekelat.

Setelah puas kami round-round,tiba masanya untuk pulang..Sebenarnya aku nak fefeling jalan sebelah sungai,tapi silap jalan keluar.Terikut jalan jauh..Memang gilela time ni.Sian kawan aku sorang ni..Ikut je..Sorry..Sepanjang jalan,ramai orang mintak sedekah..Ada yang takde kaki,tangan..Kecacatan yang tak pernah aku tengok  pun ada.Nak cakap memang susah..Tapi itulah yang aku nampak.Jalan punya jalan,kaki dah sakit,akhirnya jumpa jalan kebenaran..Alhamdullilah..Sempat jugak aku snap pandangan luar Kota Larangan..













Inilah jalan kebenaran yang aku inginkan..!!haha



Disebabkan kaki masing-masing dah tak larat,kami decide esok baru singgah Niujie Mosque dan amik cab jela balik Beijing Foreign Studies.Kami kene ketuk RMB40.Memang mahal ,tapi terima jela..Sampai je kat destinasi hostel,terus lepak..Malam tu jiran-jiran sebelah datang melawat kami.Macam biasa,umur kami mestila ditnaya..Dan reaksi,macam biasalah,..ekekekek.. I'm always look young..:P  Dorang kata nak belanja makan dimsum,tapi kedai tutup.ermm...Takde rezekilah nampaknya nak merasa dimsum China..So,makan maggi ajela..Esok,masih ada cabaran yang menunggu kami......

To be continued...............















No comments:

Post a Comment