Saturday, 26 December 2015

Overland Tour : Siem Reap , Kemboja

Assalamualaikum...

Berkurun rasanya aku tak menjenguk belog ni sejak last entry China.Tu pun tak habis lagi nak menaip.haa..Entry China tu aku hold kejap la no..Memandangkan memori aku pasal trip overland kali ni maseh bersinar,jadi aku teruskan aje dengan menaip trip overland ni..Trip kali ni aku cover Siemreap - Bangkok - Ayutthaya - Butterworth..Biasa aku akan ambil masa lebih kurang 8 or 9 hari (maximum).Pada awalnya,budget aku untuk trip kali ini lebih kurang dalam lingkungan 700++>800++. Tapi memandangkan currency kita pun semakin hari semakin menjunam,aku terpakse up budget aku jadi rm1000.Untuk di siem reap aku guna dalam 100usd (balance 25usd) dan di Thailand aku convert dalam 5400bath. Bayangkan aku dpt tukar USd =rm4.30 and Bath pulak aku dpt Rm12.03...Sodey ati mokcik nak oi.Takpela,yg penting Malaysia aman sejahtera..

15 October 2015 : Day 1
Bermulanya al-kesah.....

Flight kami bertolak ke siemreap pada pukul 6.50am dan tiba lebih kurang dalam pukul 10.00 am.Disebabkan aku booking tiket awal pagi,jadi kami haruslah merempat di KLIA 2 memastikan kami tak tertinggal flight..Before nak bertolak tu sempatlah kami menapau burger KFC buat juadah sarapan kt siemreap.Aku sempat jugakla buat tinjauan dalam flight tu ,tengok-tengok mana tahu bole sapa-sapa time kat siemreap nanti..Rata-rata penumpang ramai foreigner.Umat malaysia boleh dibilang berapa ketik je.haa..Satu peel aku,asal naik je kapal terbang ,start pening datang.Nak taknak,tidur jela jawapannya..hahah

Untuk penginapan di siemreap ,aku memilih untuk stay di MINGALAR INN aka Mandalay inn.Hostel ni dah siap free pickup dari airport ke hostel.Kira servis and room rate kt hostel so far okeyla.Affordable .Cuma ada satu malam tu,lipas masuk bilik.Dua-dua takut lipas pulak tu.Ha,memang tak senang duduk jawabnya..haha..Untuk menempah,korang boleh menggunakan khidmat booking.com ataupun website www.mingalarinn.com.Aku gune booking.com sebab tak payah bayar deposit.Bayar cash je kat sana..Perlu diiingatkan bahawa waktu kemboja lewat sejam dari malaysia.Harap maklum.So,kene pandai-pandai adjust masa..heeee....

#Salah satu service hostel -tuktuk pickup


#Betul-betul muat 2 orang

Kalau nak ikutkan plan, 1st day kami akan ke Angkor Silk Farm and round around bandar Siemreap.Buat pengetahuan semua,tour ke Silk Farm ini cuma ada dua sesi sahaja ; pukul 9.00am & 2.00pm . Disebabkan kami pun tiba kt siemreap pukul 10.30am,nak taknak terpaksa kami jooin sesi kedua.Tapi,untuk mengelakkan dari seat penuh,kami decide untuk pergi booking siap-siap.Manalah tahukan,karang melopong pulak.Yang best pasal Silk Farm ni,tour ni FREE hokey.So,bende dah FREE memang patut aku recommend join tour ni..Betul tak??hee.Selesai sesi check in,kami terus letak beg dan menuju ke Artisan d'Angkor. Menurut receptionist disitu,Angkor artisan terletak tak jauh pun hostel yang kami stay.Tak sampai 5 minit,dah sampai.


#Laluan ke bilik

#Katil aku nun hujung tu..
Sampai je kat sane,terus booking.Alhamdullillah,seat masih lagi kosong dan  kami adalah orang pertama yang booking untuk sesi kedua tu..Aku fikir,entah-entah kami je kot yang join tour ni..Andai kata kami saje ,terasa macam amik private tour..ko hado??hahah...Selesai segala urusan,kami terus balik bilik untuk melepak and sarap makanan yang kami tapau tadi..Then,kami decide pukul 1.00pm baru gerak  ke Angkor de Artisan.Sebelum tu,sempatlah juga kami  membuat tinjauan di tempat ni..


#Jalan ke Artisan d Angkor

#tada.!!!sampai ..

#Sejarah tentang Artisan de Angkor


#Nilah mesin menenun..klasik

#Bilik craft

#Salah satu bentuk craft yang di pamerkan di sini..Kalo mampu beli la no buat survenir..

#Pelanggan yang konfem beli punye..

#Van yang bakal kami naiki..Selesa beb.


Lebih kurang pukul 1.00pm , kami bersiap ke sana.Oleh sebab  kami tiba awal,so kenalah melepak sampai pukul 2.00pm.Nah,angan-anganku berkehendakan "private tour" tak kesampaian.Ada 2 lagi couple join tour ni dengan kami.satu couple tu dari German dan satu lagi dari Austria..Walaupun tour ni percuma,van yang kami naiki memang comfort gile.Luas dan besar.Nora bagi 5 bintang!!heee.Sebelum nak bergerak ke Silk farm tu,tour guard tu sound kapel dari Austria tu sebab duduk kat pagoda hiasan.Menurut tour guard walaupun hiasan pagoda tu dikira sebagai simbol religion bagi orang kemboja.Jadi,kat sana kena berhati-hati walau apa jua kelakuan .Takut menyinggung orang kat sana pulak kan.mmm..Ok,perjalanan ke Silk Farm ini makan masa lebih kurang dalam sejam jugak kot.Aku ni macam dah nak terlentok je kat bahu member sebelah ni.haaaa..

Secara ringkasnya tentang Silk farm ini, ia merupakan pusat IKs bagi rakyat tempatan menjana pendapatan melalui jualan sutera.Disini kami ditunjukkan bagaimana penghasilan kain sutera dari A hingga Z. Yang buat aku kagum kat sini, segala penghasilan kain sutera ini adalah buatan tangan ;start dari penjagaan ulat sampailah pemintalan kain.Takjub bila tengok dorang menenun..Menurut pakcik tour,kalau guna mesin,karang rakyat takde keje pula.Logikkan..Lagi satu ,tak semena korang boleh tahu kitaran hidup ulat sutera. Kira dah macam lawatan sambil belajar..Untuk penghasilan warna pula mereka menggunakan alam semulajadi seperti daun,kulit kayu ..Kreatifkan,Pandai mereka menggunakan ciptaan Allah dengan sebaik-baiknya..

*info : ulat sutera akan mati jika dipegang oleh tangan yang ada losyen atau minyak wangi.

# ulat sutera

# proses pengasingan ulat sutera dari benang sutera

# proses yang sama


# bahan warna untuk benang

#proses pintalan

#baju tradisional rakyat kemboja

#salah satu baju pengantin

# baju yang di buat dari kepompong ulat sutera.Dikatakan anggaran baju bernilai beribu usd..Ade bran nak pakai??



#alat pintalan


#Sempat selpie with tour guard kami.muke aku dah sememeh..


#focus kat omputeh kat belakang nun.Salah sorang geng tour kami...Motip sgt.!!! :P

Selesai tour,mulalah perut aku bergendang.Member aku gugel,ada satu restoran halal di siem reap yang menyajikan sajian popular di kalangan traveler dari malaysia iaitu "beef climbing mountain".Nah ,masa inilah berlaku adegan sesat menyesat kat bandar siem reap nak mencari restoran muslim.Biasakan,lumrah hidup katenye..Adat mengembara,tak sah kalau tak sesat.

Pada awal perancangan, kami memang nak guna basikal je sepanjang di siem reap.Tapi disebabkan "mereka" inilah kami tukar plan sewa motor basikal.Ermm..Sudahnya DISASTER..Bila mengenangkan balik kejadian tu,memang bertambah trauma aku dengan motor..Itu kisah, aku explain later..Disini  banyak kedai menyewa basikal.rate yang mereka tawarkan sehari sewa 1USD.Banyak juga procedure nak menyewa ni.Korang kene bagi ic atau pasport kat dorang or deposit 20USD (ke lebih).Kami memilih bagi deposit dan sewa selama 2 hari.Terus terang aku katakan bahawa kondisi basikal di siem reap amatlah kureng dan agak usang.Agak payah bila time nak mengayuh.Berat kemain..Better basikal di Ayutthaya..hee

Sebab aku kedekut nak beli prepaid kemboja,jadi memanglah totally lost internet.Nak carik restoran tu ,terpakse aku save gugel maps.Ha kau,gugel map ni memang serabai.Ntah mana-mana hala je dia  bagi jalan.Memang tak update langsung.Kami ni lost abislah weh..Kami try tanye local,dorang memasing taktau restoran tu.Harem sungguh.Dahla perut lapar,panas pulak tu.Silap-silap memang boleh patah semangat nak cari.Ada sampai satu tahap tu memang give up ,nak balik makan maggi je.Tapi,Alhamdulillah..Allah memang selamatkan kami.Time ni kami selisih dengan penumpang tuktuk yang kebetulan seorang muslim..Awalnya memang nak tanya kat penumpang tu ,tapi drebar yang bagi respon.Dia suruh follow.Ini jam juga kalau dia mintak upah,aku bagi je.Tapi,dia tak mintak pon.Save duit makcik.hehe Tapi moga Allah murahkan rezeki dia..Amin...Sebenarnya,nak ke restoran tu dekat je kot.tak payah dok pulun kayuh basikal.Jalan kaki je dah sampai.Actually kedudukan restoran ni agak tersorok,tapi dekat dengan angkor de artisan.Disini aku sertakan sekali peta nak ke restoran,jika korang duduk di mandalay inn.


#peta cincai je..harap pahamlah no..
Tiba di restoran,kami disambut dengan salah seorang staf restoran,Zaki nama dia..Boleh speaking melayu.Restoran ni diusahakan oleh keluarga Zaki sendiri..Dalam ramai adik-beradik,dia sorang je boleh speaking melayu.Kebetulan,nama adik dia sama dengan nama aku.Kurlass kau..hahaah..

Tanpa membuang masa,kami pon order  femes dish tu.Totally ,memang tidak mengecewakan.Rasa berbaloi sesat kami tu nak cari restoran ni.Sedap okey dish tu.Bertambah sedap bila saat perut lapar gile babeng..Highly recommended!!!Sempat jugak aku rakam cara-cara nak masak dish tu.Yang ajaibnya,tak guna bahan perasa langsung,cuma letak mentega je.Tapi rasa dia memang terbaik beb.tumbs up 10x!!Di restoran ni kami berkenalan dengan kazen dari mesia.Kami ingat kapel datang honeymoon,rupenye kazen..Dorang pon startlah cerita pegi angkor wat bagai..Disebabkan dorang inilah kami decide tukar basikal ke motor basikal.cess!!!Menurut "H",kalau boleh baik pegi pagi-pagi buta subuh shepie..Boleh tengok sunrise kekdahnya..So,apa lagi memang kene gerak awal jawabnya esok..


#Beefclimbingmountain...
...Bersambung



























No comments:

Post a Comment