Friday 24 April 2015

Experiencing China ~travel with low budget

Hello world dan Assalamualaikum w.b.t ...

Dulu-dulu aku rase kalau nak travel ni kene setup duit banyak-banyak,baru sedap nak melancong kan.haaa...Then after aku baca blog-blog pasal travel ni,boleh je buat secara bajet,ye tak??ahhhaa..So setelah di 'inspired" oleh blog tersebut,muncul minat buat travel secara backpack.So ,secara umumnya,travel backpack ni aku rase seronok.Bukan setakat jimat duit,ko boleh buat route yang ko suke.Kalau pakai ejen ni ,paham-paham jela kan.eheheh..Buat masa sekarang ni aku baru je selesai melaksanakan misi di Medan..So next mission,InsyaAllah ada dalam perancangan..Moga Allah permudahan.Amin..
Then we start our exciting journey.......

21hb Oktober 2013
Experiencing China : Kuala Lumpur to Beijing

So berbalik kepada travelog kite.Hari ni aku tak cite pasal trip aku di Medan. I start with my previous trip ,which is China.Sebabnya aku takut lupe .hahah..Awalnya,aku rase nak travel solo..Kot-kotla kan takde sapa nak join aku..Dan kompem-kompem mak aku tak bagi punye.Kebetulan,member pon ade rase nak travel backpack ke China..Untunglah bagi aku sebab ;1 : mak confirm bagi green light,hehe..2: Ada kawan ni,membantu sgt utk aku yg first time travel. Untuk kos flight ,kami spend dlm rm650 kalau tak silap akulah include incident kene tambah luggage (kejap lagi aku cite).Budget di china pula, aku spend dalam rm650.Jadi ,kami book tarikh 22hb oktober - 29 oktober ,di mana kami cover beijing,xian dan chengdu.



Kami memilih AIrasia sebagai penerbangan kami.Ini jela flight tambang murah "Everbody can Fly"..Flight kami akan bertolak ke Beijing pada pukul 6 petang. Korang tahu jela,Airasia ni kalo dia nak buat hal,tak pandang lain dah..Untuk mengelakkan dari kecelakaan berlaku,aku book tiket awal pagi.Disebabkan kami mengambil flight awal pagi JB- LCCT,akhirnya seharian kami bertapa di LCCT..haaaa..

Ok,jam dah tunjuk pukul 4.00 petang. so kami pon siap sedia nak masuk balai menunggu.Sampai kat first check,ada staf airasia tahan kami,kate tak boleh bawak lebih dari satu beg..Ape kejadahnya ini.Aku tgk ade je org2 yang bwk beg mcm aku ni ,tak kene pulak dia suruh masuk luggage..So malas nak buang masa,aku pon beratur tempat ruang luggage.Tak pasal-pasal melayang rm150..Aku tengok staf tu atas bawah je..Panas ...Untuk taknak menjejaskan mood travel ,aku biarkan jela panas ati ni..Lelame tu sejuklah kan...Finally,jam dah menunjukkan pukul 6.00 petang..yeah...Dengan itu,berangkatnya kami ke beijing buat pertama kalinya..

1384030_683996811625555_384897307_n
Boleh tahan rasanya..

Kami tiba di beijing pukul 12.00 pagi.Plan awal memang kami nak bermalam di airport je sebab public transport dah close.Waktu nak pickup bag,terserempak dgn student malaysia..Adik ni study kat Beijing Foreign Studies.  Borak punye borak,lastly dia ajak tidur je kat hostel dia.Ahaaa.!!Rezeki datang bergolek-golek.heheh..

Dia kata kawan-kawan dia dtg pickup kt airport.hooh..Awal-awal tu segan jugakla tapi lelame rase seronok sembang-sembang dengan  budak-budak muda ni..Bila jumpe dgn dorang,dorang rase aku dgn kwn aku ni rasa macam sebaya je dgn dorang.Siap ber'aku' 'kau' lagi..Rase mcm balik zaman student dolu-dolu.Bila lama-lama tu dorang tanya juga umur kami berapa.Dorang ingat umur aku 22thn..hahaha..Nampak awet muda tak??Mohon jeles .. : p .

Malam tu rezeki kami lagi sebab dorang belanja duit cab.haha..Korang nampak tak keuntungan yang aku dapat..Tak semena-mena aku rasa ada hikmah staf airasia suh kami letak bag kat luggage..heeeee