Wednesday 29 April 2015

The Great Wall of China

23hb Oktober 2013

Experiencing China :~Beijing ( Episode 2)




 "He who has not climbed the Great Wall is not a true man "~Mao Zedong

Haa...Begitu sekali statement dari Mao Zedong tentang the Great Wall.Tapi,kalau dah jejak kaki di China ni,tak sah kalau kita tak melawat Tembok China,kan.Paling tak pun,dapat snap gambar pun jadilah.Kalau tak,rugi tiket kapal terbang ko ,jah!!.hehe...

Menurut sejarah,Tembok Besar China yang pertama dibina sekitar  tahun 207 sebelum masihi semasa ditadbir oleh Maharaja Qin Shi Huang.Kepanjangan tembok asal ini sehingga ke Korea Utara.Tetapi sebahagian daripada tembok asal ini telah pun musnah.Beribu-ribu pekerja  yang terdiri daripada banduan,para petani di kerah membina tembok tersebut.Tembok ini telah dibaikpulih dan ditambahbaikan semasa pemerintahan dinasti Ming dimana kepanjangan tembok ini sehingga berhampiran sempadan China dan Manchuria.Fungsi tembok ini dibina untuk menahan serangan orang-orang nomad yang dikenali sebagai Mongolia dan Manchuria.Terdapat 5 bahagian yang popular dikalangan traveller iaitu Badaling, Mutianyu,Jinshanling,Simatai, dan Jiankou.Badaling merupakan paling ramai pelawat berbanding yang lain sebab aku rasa ini yang paling so so antara yang lain.Jika korang adalah extremer hikers, bolehlah try ke Jinshanling,Simatai,dan Jiankou .

Seperti yang dirancangkan,hari ini kami akan ke Great Wall Badaling dan juga Niujie Mosque. Untuk ke Badaling ada 2 option iaitu keretapi dan bas:

Sekiranya korang memilih option bas naik bas #919 dari station subway Jishuitan.Dari subway ke bustop,korang harus menapak lebih kurang dalam 500 meter ke arah old gate bus station Deshengmen  old gate bus station.Tambang sehala adalah 12 yuan dan perjalanan memakan masa lebih kurang dalam 90 minit. Bas terakhir dari Deshengmen adalah sekitar 12 tengahari.So,make sure korang timing betul-betul.Untuk info lebih lanjut,boleh layari www.travelchinaguide.com

Aku memilih keretapi sebagai transport untuk aku ke Badaling.Dari Beijing Foreign studies,kami naik bas #563 untuk ke bustop Xiamen.Bustop Xiamen ni berada berdekatan dengan Beijing North Railway station.Macam biasa tambang bas cuma 1 yuan sahaja. Tiket awal pagi dah sold out. Jadi terpaksalah kami memilih tiket pukul 10.57.Estimate sampai di Badaling dalam pukul 12.13.Boleh refer jadual perjalanan di www.seat61.com.Nasib baiklah sistem keretapi disini semua on time.Harga tiket adalah 6yuan sehala.Aku rasa masa balik tu aku tak beratur beli tiket.Maybe aku bayar include tiket balik la kot.



ruangan menunggu ...

Bila staf bagi green light,mulalah orang-orang ni berlari.Aku ingat train parking depan sikit..Dia parking punyela jauh.Memang terpakse lari sebab kalau lambat,sayonara la jawabnya.Kami pun apelagi,,Lari..!!!macam orang bodoh ikut je .ahahaa...Nasib baik baik dapat tempat duduk sebab disini menggunakan term "sapa cepat ,dia dapat"Kalau tak berdirilah kau sampai ke Badaling.Tempat duduk sangatlah selesa jah.Lagi better dari seat pergi Xian..hahah..

                                                                        Seat yang sangat selesa...

Bermulanya perjalanan 2jam ke Badaling.Bosan-bosan ,moh kita bergambar....




Yeah..sampai jua.....


Keluar je dari mulut keretapi,aku dah rasa sejuk gile.Sampai tahap boleh menggigil tuh.Kami bajet cuaca macam kat Beijing,sepoi-sepoi angin gitu.Jadi pakai baju pun cuma 2 lapis je.Nah,amik kau.!!Bukan setakat angin sepoi-sepoi yang datang,tapi segala atuk nenek angin datang.Bila tengok signboard,lagi 2 kilometer baru sampai ke Great wall.Mati-mati aku ingat dari stesen ke Great wall  tu dekat.Selamatlah semalam kami dah warm up berjalan jauh.Jadi bila dah hari kedua ni tak terasa sakit kaki.Cuma kena menahan sejuk jela.Aku tengok steady je warga emas kat sini jalan.Lagi laju dari kami pun ada.Salutelah...!!






Deretan kedai-kedai...



 Dimana saja ada kamu...Abang kawat..!!






Lagi 450 meter je lagi..Chaiyo!!




Fare nak masuk ke Great Wall adalah 45 yuan seorang. Waktu operasi start pukul 6 pagi - 7 petang.















Ada makcik dah lepak..




# Larat makcik-makcik ni jalan....




 


Nampak aku macam steady kan,..Sejuk woo.rase nak terkucil pun ade.




 Agak-agak dah puas meround + tak tahan dengan sejuk,kami decide nak balik dalam pukul 2. Sampai kat stesen,estimate keretapi datang dalam pukul 3.Time balik,kami senang dapat seat .Mungkin tak ramai yang naik.10 minit keretapi bergerak,memasing dah terlentok.

Sampai di Beijing,waktu dah macam maghrib.Kami pun bergegas ke Masjid Niujie.Perut pun dah berkeroncong,kami decide nak singgah dulu di NiuJie Muslim Food Court.Dari Beijing North Station nak ke Niujie Street,kami amik subway ke Caishikou (line 4).Sampai di perkarangan stesen Caishikan,kami ambil motor teksi aka tuk-tuk versi China.Pada awalnya,driver nak ketuk kami dalam 20 yuan.Kami tawar 10yuan,driver kata ok..

Seat muat-muat 2 orang je.


Driver turunkan kami di persimpangan Niujie street .Dia kata,terus je sampaila NiuJie Mosque tu.Memang tak jauh pun dari tempat yang driver turunkan kami tu..Jadi,kami pun mengikut je arahan yang diberikan sehinggala kami temui Niujie Muslim Supermarket.Niujie Muslim Food Place terletak di tingkat 2 supermarket.



Masa kami sampai tu,ada se"group" makcik pakcik pakai tudung n songkok..Aku agak dorang ni pun nak cari tempat makan macam aku jugakla kot.So,aku cakap dengan kawan aku,kite follow jela untie-untie ni.Aku tengok dorang  macam tak biasa je ngn tempat ni.(Aku lupa depa asal dari mana yang penting bukan beijing).Siap tanya dengan staf kat situ.Dia try berbual ngan kami (pakai bahasa isyarat).Dia cakap ikut dia ..Kami pun follow je.Dan akhirnya,sampai la kami semua di food court.Sebelum kami berpecah ,kami ucap terima kasih kat depa.Time mencari makanan yang sesuai di perut,aku try tanya kat orang tempatan kat situ mana tau ada surau ke kan.Dorang kata kat sini takde surau.Kena pergi masjid.Aku abaikan perkara tu dulu and lebih baik aku cari makanan cepat-cepat.


Daging kicap +sayur kobis =15 yuan (mahal kot!!)

Masa nak carik port baik nak makan,tetiba datang mamat ni duduk sebelah aku.Rupanya dia ni yang aku tanya surau kat mana .Dia pun hulur tisu kat aku.Aikkk..pelik tak??Takpela..Aku pun buat tonggong je.Lama-lama tu dia ajak aku bebual.Dia perkenalkan diri dia Ahmad.Siap tanya aku boleh speaking arab tak..?Aku cakap basic arab tu bolehlah.Dia tanya nama aku sapa..Aku cakap je nama aku Aminah..Hahaha..Dia suruh aku tulis kat henpon dia,tapi aku ni tak paham dia nak ape..Lama jugak dia tunggu kami makan.Last-last dia mintak diri..Sorryla ea Ahmad.Aku ni tak biasa sangat nak bebual.Rasa janggal pun ada.hehe :P

Habis makan,kami pun bergerak ke Niujie Mosque.Harap-harap tak tutup lagi.Dari Niujie Supermarket nak ke Niujie Mosque,terus je,Bila nampak traffic light,korang lintas.Sewaktu perjalanan nak masjid,kami bertemu dengan pakcik makcik tadi.Ramah betol dorang ni.Siap suruh kami follow.I follow ,makcik!!Sampai di masjid,kami cari ruang solat wanita,tapi tempat tu gelap.Dua tiga kali jugak nak pastikan tempat tu ruang solat wanita.Last-last,makcik sorang ni pergi tanya staf masjid.Staf tu pun bukakan lampu semua.Dia kata,sebab waktu malam,memang tempat ni tutup.Masuk-masuk je,aku terus cari tandas.Tandas masjid memang bersih.Sedap je nak guna.haha..
Then,kami pun mendirikan solat di Masjid tertua dia Beijing ini.Rasa macam tak sangka dapat melihat bangunan ni.Biarpun sudah lama dibina,tetapi masih utuh berdiri.SubhanAllah.. Aku try snap persekitaran masjid.Tapi disebabkan kamera aku tak canggih,hasilnya BLUR memanjang.Urmmm.Rugi lahai.. :C



Usai membelek masjid,waktu pulang pun tiba.Nak balik ni,aku takde plan ape-ape.Taktau nak balik lagu mana.Try tanya sorang kakak.Umur dalam area 40-an.Kami tanya akak ni nak ke Caishikaou camne??Dia kata tunggu sat,dia try pi tanya driver bas.Tetiba dia suh kami follow dia naik bas #??..Aku lupe dia bebual apentah ngn kami.Yang aku ingat dia ni pun nak pergi subway jugak.Setibanya di destinasi,bas tu betul-betul turun di depan stesen caishikou.Alhamdulillah.Akak ni tanya kami,nak kemana.??Kami jawab nak ke National Library.Owhh..Akak ni ejen pelancong(kalau tak silap aku) kat US.Sekarang dia melawat family kat China.Dia kata kalau nak pegi US cari dia .(sambil hulur name card).Name card dia mana aku letak celah mana,aku pun taktau.Misteri..

Sampai kami di Stesen Nasional,sempat kami mengucapkan terima kasih buat akak atas bantuan yang diberikan.heheh..Keluar je dari subway,kami menuju ke bus stop.Kali ni aku keliru nak tunggu kat stesen mana.Aku pun naik bas #563.Tapi kali ni aku tengok route dia pelik semacam.Sah!!memang aku salah tunggu bus stop.Takpela.Nak sedapkan hati,kata mungkin bas ni akan pusing balik..(bajet macam kat m'sia).Rupenya tidak..!!Kami berhenti di Xiamen.Waktu tu semua orang turun dari perut bas,kecuali kami.Terpingga-pinga weh,taktau nak buat apa.Kami try tanya driver.Dia cakap,Xiamen ni last stop,jadi kami kene naik di stesen bas.(driver tunjuk kat suatu tempat).Katanya itu stesen bas.Rupa memang bukan macam stesen bas.Macam tempat bengkel pun ada.haaaa...

Kami tanya pakcik kat situ nak naik bas kat mana.Dia bawak kami ke suatu tempat,Kali ni kami follow jela.Tawakkal..Memang betul tempat yang pakcik tadi bawak tu tempat menunggu bas.Waktu tu,memang sejuk bebenor. Mengganas angin dia,macam kat Badaling.Nasib baik bas sampai awal.Tak sampai 10 minit menunggu,kami pon naik menuju ke Beijing Foreign Studies..


Setibanya kami di hostel,adik-adik ni semua dah tunggu kat dalam bilik.Dorang kata risau kami sesat.Siap selongkar beg baju,Nak cari nombor telefon.Ada sorang tu kata nak tepon mak aku.hishh..Selamat la ko fiza,tak tepon mak hakak..Tak pasal-pasal dia tak bagi aku travel lagi .Menurut dorang,hostel tutup gate pukul 12 am.Kami tiba pukul 11.30 (kalau tak silap aku).Hampir-hampir je kann..Nasib baik.. : P


Bersambung........