Saturday 16 May 2015

Mencari The Great Mosque Xian..!!

sambungan dari episod sebelumnya.........

25hb Oktober 2013

Experiencing China : Xian (Episode 4)


Selesai puas kami meng'qada' tidur,tibalah masanya kami bersiar-siar disekitar bandar Xian.Tempat pertama yang kami tuju adalah The Great Mosque of Xian.Masjid ini terletak betul-betul di Muslim Quarter. Jarak perjalanan dari hostel ke Muslim Quarter tidak jauh,hanya memakan masa selama 5 minit.



Buat pengetahuan semua,lokasi masjid agak tersorok,dimana ia terselindung antara  deretan kedai-kedai menjual pakaian dan cenderamata.Korang harus melalui kedai-kedai tersebut ,baru jumpa masjid Kedai tersebut berada hujung laluan Muslim Quater.

~: Jalan menuju ke masjid



~:Kalau nampak patung ni,kedai tu dah dekat.


       ~: Inilah deretan kedai yang aku maksudkan






According to our pakcik wikpedia,masjid asal ini dibina sekitar tahun 792 masihi semasa pemerintahan Dinasti Tang. Kemudian kerja pembesaran kawasan masjid dijalankan semasa pemerintahan Dinasti Ming dan diteruskan oleh Dinasti Qing.Korang bayangkan ,betapa utuhnya bangunan ini walaupun sudah berapa abad berlalu.Subhanallah.Habis mukaddimah pasal masjid ,jom layan gambar yang berjaya aku snap di sekitar kawasan masjid.

















~: Ruangan solat


                                                 ~: Antara ayat-ayat di dinding masjid


~ Tinggalan furniture yang masih kukuh semasa Dinasti Ming

                                      ~: Muka uncle ni ada iras-iras pakcik belah bapak aku..


Tengah ralit snap gambar,kami ditegur oleh seorang lelaki dan seorang wanita.Dorang ni student UMP.Yang pompan tu dari Iran dan lelaki tu pior warganegara china.Dorang ada event apentah kat Xian ni,tapi yang aku sure under Universiti punye tajaan.So,ade masa terluang,dorang bersiar-siar la dulu .Alang-alang katanya.Sesuai dengan pepatah melayu "menyelam sambil minum air"..hehehe

                                      ~; Susunan tangga yang tidak disengajakan.hehehe

Usai membelek masjid,kami ke Muslim Quarter untuk mencari makanan.Amat bersesuaian sekali memandangkan perut kami pon sudah berkeroncong.Walaupun kat sini sudah di "qoute" Muslim Quarter,korang kene berhati-hati jugak nak cari makanan.Kami ada nampak satu gerai jual kaki haiwan.Aku tak pasti(sebab aku tak tanya) tapi aku yakin yang tu nampak macam kaki b**i.Dan kawan aku pun mengkompemkan pendapat aku.Cuak kan..!!





Kami taktau nak order apa,tapi.bila tengok satu mee tu,nampak macam sedap.Pastu tengok ramai orang order mee tu,makinla kami pon ikut orang order bende yang sama.Bagi aku,bila ramai orang order,maka makanan tu pon mestila sedap jugak kan.Menurut taukey,mee Biang-biang ni famous waktu musim luruh.Apelagi, kami pon order bowl besar (tak hagak-hagakkan).Sekali masuk mulut,ermmm........Tak sedap hokey!!!Hilang selera.Kalo aku tawu pilih je mee sup .Konon kata nak try.Hambikla ko!! 15yuan terbang gitu je.Rugi lahai.

                                        ~: Nampak macam menyelerakan..????

Habes sesi membayar,kami round-round muslim Quarter.Ade satu blogger recommend satay kambing.Aku try carik satay kambing.Terbukti memang sedap.Rasa pedas-pedas manis.aku amik 2 batang.Harga sebatang dalam 5yuan.Walaupun harga hagak mahal,tapi berbaloi untuk rasa.Paling favorite aku kat sini adalah air jus delima.Rasa memang pior bhai.Recomended!!harga 10yuan.

                               ~: satay kambing yang mabeles..

Betulah orang cakap,bila perut kenyang ,hati pun jadi senang..hhahaah..Bila hati dah senang,kami pon berangkat pulang ke hostel memandangkan esok kami kene bangun awal untuk ke TERRACOTA ARMY..yeehaa!!

Stay tuned................