Saturday, 20 February 2016

Crossing Border : CAMBODIA vs THAILAND

17hb Oktober 2015 : Day 3


Kedengaran penggera di telefon berbunyi.Menunujukan waktu 4.30 pagi.Dengan pantas aku bergerak menuju ke bilik air.Malam itu aku memang tidur-tidur ayam.Yelah sejak kejadian semalam menimpa kami,aku jadi tak sedap hati je nak stay lama-lama kat sini.Nasib baik kami memilih untuk booking tiket ke border pukul 6.30pagi.Jadi takdela alasan untuk aku terserempak dengan staf motor tu lagi.haha..Settle packing barang bagai,dalam pukul 5.45 pagi kami sedia untuk turun ke lobi.Kelihatan lampu lobi sudah terang benderang.Aku pun segera  menyerahkan kunci pada seorang staf yang bertugas .Bosan menunggu kami pon start bebual dengan staf tu.Ayat biasa yang ditanya"Dari mana?"..Kami pun jawab dari malaysia..Yang bestnya dia teka umur kami dalam 20tahun.haha.Bila kami jawab umur sebenar kami,dia agak terkejut..hahah..Awet muda katanye..heheeeh..Dia pon startlah bercerita pasal plan dia nk travel sebulan cover kemboja,thailand..Syok dengar ..Rasa teruja pon ade jugak..Ada part kami tanya tak kawin ke?Dia jawab "kat sini payah sikit nak kawen.Lelaki kene bagi hantaran 30k usd .Kalau pompan tu cantik kene bagi lebih sikit wang hantaran.."Tudia,mana nak cari 30k usd.Sesak orang laki nak carik duit..Korang rasa,kalau kat negara kita ni buat gaya gitu,ramai tak orang kawin.??Tepuk dada,tanya selera..Rasa macam tak kene jekan peribahasa aku tu..Tapi buat-buat tak baca je ea..hehh..


#receptionist

#maap gambar blur..Lobi hotel

Lupe aku nak share..Harga tiket ke border 7 usd.Jika korang rasa nak terus ke Bangkok,tiket berharga 14usd kalau tak silap aku.Sebenarnya,aku memilih untuk beli tiket ke border sebab aku nak merasa naik keretapi ke bangkok.Harga pun taklah mahal.Cuma perjalanan akan memakan masa berbanding naik bas.Tengok jam dah lebih pukul 6.30 pagi,tapi van masih tak sampai-sampai lagi.Aku risau je kalau sampai kat border lambat,takut tertinggal keretapi pulak.Keretapi ke bangkok pula cuma ada dua sesi saja.Korang boleh tengok jadual di seat61.com..Setelah sekian lama menunggu,akhirnya van kami tiba sekitar jam 7.15 pagi.Tengok keadaan van pon selesa yang amat.Best kalau nak tidur ni.hehh.Sebab kami adalah penumpang pertama,jadi kami memilih untuk mengambil seat di belakang.Kalau tak salah aku,perjalanan ke border mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam.(mintak maap kalau salah info).Dalam perjalanan ke border,penumpang yang duduk depan kami ni buat macam dorang duduk dalam van ni berdua je kot.Agak-agaklah kot kalau nak baringkan kerusi tu.Aku ni duduk belakang dah macam ikan sardin .Buat tongong je kn omputih ni.haishh..Takpe,aku masih dalam keadaan sabar.haaa..


#Kondisi van yang amat selesa.

#1 view sawah padi.

#suasana sebijik macam kat mesia

#keadaan busy di border

#Mercu tanda sempadan Kemboja - Thailand
Tiba-tiba,van kami berhenti disuatu tempat.Aku perati je penumpang lain turun.Aku rasa dah sampai border la kot.Sememangnya benar sangkaan aku.Kami terus menuju ke kaunter imigresen untuk sesi mengecop pasport.Nah,terserampak kan dengan omputih sebijik mcm Jensen Ackles.Aku lama dah perati mamat ni kt dalam van tadi.Mesti dia perasan aku tengok dia.hahah.Lantaklah.Bukan lepasni aku jumpe lagi kot.Member aku tanya kat "Jensen Ackles" tu pergi bangkok naik ape.Dorang jawab dorang tiket dorang ke bangkok include sekali tadi.So ,takpela..Kami decide ikut jelah orang ramai ke sempadan sebab kami pun tak pasti jalannya.Agak jauh jugak dari kaunter imigresen ke sempadan thailand.Berat bahu memikul begpack ni.Cuaca panas yag amat.Kami gagahkan kaki untuk menapak lagi.Dah akhirnya kami tiba dengan selamatnya di kaunter imigresen Thailand..Tak sempat pulak aku nak snap keadaan pada masa tu.Awalnya kami agak confius nak beratur kat mana.Tanya kat pegawai kat situ,dia kata kene naik kat tingkat atas.Sesi pengecopan pon selesai,tibalah kami untuk ke stesen keretapi Aranyaprathet.

Keluarnya kami ke kaunter imigresen,ramai pekerja bas sibuk untuk menyuruh kami beli tiket ke bangkok.Awal tu kami cakapla kami cuma nak ke stesen keretapi.Dia cakap nak ke stesen keretapi 200 bath kalau tak silap aku.Amboi mahal kemain ko mark up kami.Agak-agaklah,kami ni bukan cop duit kot.Tetiba aku teringat tuktuk ada dikawasan area kedai 7-eleven.So,aku pun cakap kat mana 7-e.Dia terus tunjuk kearah seberang.Kami pon melintas ,tuptup tengok ada deretan tuktuk di area situ.Kami pun dengan pantas terus menuju ke arah berkenaan.Tuktuk untuk ke stesen aranyaprathet adalah 40bath ja.Nasib baik kami tak ambik tadi.Kalau tak,memang tak tidu malam.Menyesal katenye..hehe..

#macam biasa naik tuktuk lah kita ke stesen ketapi


#kengkonon sempoila kot pakai gini,tengok macam selekeh pun ade.hentam je..pffst

Setibanya kami di stesen aranyapratet,kami terus bergegas menuju ke kaunter.Beria-ria kami nak beli tiket,tup-tup kaunter tutup..haish..Tengok jam pukul 12.30 pm.Confirm dorang pergi makan ni.Takpela.Yang penting akmi tak lambat sampai sudah.


#kaunter tutup-rehat katenye

#sepi je kat stesen ni
#nampak macam normal ,tapi kaki takde satu..kesian

#ni je mampu lunch sambil dengar lagu..
Awal tu lengang je di stesen keretapi.Lama-kelamaan ramai orang datang ke sini.Ade tu,sekumpulan warga tempatan duduk di hadapan kami.Orang patani lakot sebab nampak pakai tudung.Tetiba je ,ada pegawai stesen announce dalam bahasa thai.Agak huru-hara jugakla keadaan tu.Kami ni sepatah haram taktau ape.Member aku pun tanya pada local yang duduk depan kami.Dorang speaking kelate..Mmm.nasib baiklah member aku ni paham jugak kecek kelate.Rupa-rupanya,Keretapi yang menuju ke stesen ni terbalik.Ha,kau sudah.Aku ni takde backup plan.Nasib baik jugak keluarga dari Patani tu nak ke bangkok.So,kami pon follow je dorang ke Stesen bas ekspress..Ingatkan nak save bajet,yelah naik train cuma 20 bath je.Sudahnya kene jugak naik bas ke sana.Tiket bas pulak 205bath..10x ganda duit melayang..Dahtu,bas pulak turun di Mochit terminal.Payahlah kami nak ke stesen Hua lamphong..Aku pon dah takde idea macam mana keadaan lepas ni.Nak taknak,tawakal je..Sampai di Mochit terminal,baru aku pikir macam mana nak ke Stesen Hua Lamphong.

#bus ke bangkok
Agak lambat jugak kami tiba di Bangkok.Rasenye nak dekat pukul 8.00 pm.Sepanjang perjalanan ke Bangkok,aku perati bas ni macam takde pulak bayar tol.Tengok jalan yang bas ni lalu nampak macam highway,tapi takde tol.Mungkin aku tak nampak kot tol tu..heehh.Andai kata takde tol,aku puji  servis kerajaan dia.Jalan elok tapi takde tol.hahha..Setibanya kami di Bangkok,Salah seorang famili patani tu tanya kami nak kemana lepas ni.Aku cakap nak ke Stesen hua Lamphong.Terus dia setupkan sebuah teksi untuk kami ke sana memandangkan dari mochit terminal takde pengangkutan lrt ke hua lamphong.Menurut pemandu teksi tu ,kalau naik teksi nak ke mochit bts/mrt memang mahal jugak.Tak tahulah kalau dia kelentong kami.Tengok hari pon makin malam,kami pon terpakse bersetuju melayangkan lagi duit kami untuk teksi ke Hua lamphong.Terbang 500bath..sedih...

Untuk hostel kami di bangkok,aku memilih untuk menginap di T-Boutique Hua Lamphong.Hostel ni amat  dekat dengan stesen hua lamphong. dan juga mrt Hua lamphong.Tragiknya di sini,waktu nak ke hostel ni,kami sesat.Pemandu teksi pulak tak tahu speaking.Nak baca dalam tulisan ABC pon dia taktau.Aku pulak tak simpan address dalam bahasa thailand.Terpakse tanya orang nk ke hostel kami.Hostel pulak boleh check in smpai pukul 10.30 malam.Jam kat tangan dah jejak pukul 9.30mlm.Dengan keadaan sesat bagai,aku takut tak sempat nak check in je.Berpusing-pusing kami di jalan yang sama..Last-last drebar tu pergi tanya pemandu tuktuk kal mana hostel tu.Tengok muka dia mcam menarik nafas lega,aku bajet dia tau kot jalan nk kesana.Tepat jam 10.00mlm kami tiba di hostel.Nasib baik sempat.Aku perati style hostel ni macam ala-ala jepun style.Aku yakin,owner tempat ni mesti kaki travel.


#ruang ke bilik kami


#konsep berkongsi



#tangga ke tingkat 3

Sepanjang perjalanan kami ke bangkok,banyak perkara yang terjadi.Keretapi terbalik,bas lambat sampai,sesat nak cari hostel,blablabal....Bila muhasabah  kenapa keadaan ini berlaku kat kami.,kami terfikir mungkin ini adalah kifarah dari Allah sebab pedajal motor orang dan menipu..Sesungguhnya Allah tu Maha Adil..Tapi nasib baik juga kami tak naik lagi keretapi tu,kalau tak kami mesti masuk tv 3 suku....Alhamdulillah.

Summary budget di Siemreap  3 hari 2 malam / person :

1) Hostel Mingalar Inn           : 13.50 usd
2) Sewa basikal sehari            : 1 usd
3) Sewa motor basikal sehari : 4.50 usd
4) Tiket masuk Angkor wat    : 20 usd
5) Sourvenir (Frigde magnet,t-shirt,seluar aladin ) : 6 usd
6) Makan                                : 9.50 usd
7) Tiket ke border                   : 7 usd
TOTAL                                   : 61.50 USD x 4.20 = Rm258.30





No comments:

Post a Comment