Monday, 8 February 2016

SIEM REAP : Tour de Angkor Wat,Bandar Eksotik

Sambungan dari entry sebelumnya....

16hb Oktober 2015 : Day 2


Disinilah bermulanya cerita kami.Mungkin ini akan dijadikan sebagai peringatan dan pengalaman buat aku diingati sampai bila-bila.Mungkin eh..hehheh..

Jam menunjukkan pukul 4.30pagi.Kami mula bersiap untuk menerjah Angkor wat.Pada awal perancangan,kami memang bercadang untuk menggunakan basikal saja.Yelah,nak cuba feel macam tour d langkawi katanya.Murah pulak tu.Bila tengok duit masih dalam budget,kami menukar plan untuk memilih "motor basikal "sebagai kenderaan kami untuk ke Angkor wat sebab melihatkan kondisi basikal yang agak kureng keadaannya.Senang cerita,penat + takde stamina nak kayuh.haha.Alasan yang munasabah,Bagi sesiapa yang ingin menyewa tuktuk untuk ke angkor wat,rate yang mereka berikan adalah sama iaitu 15usd sehari.Kalau pergi dalam 4 org,so oklah kot untuk share tambang.Sewa sebuah motor basikal dalam 9usd.

Kami agak khuatir cuaca untuk esok memandangkan semalam hari hujan.Tapi Alhamdullilah.Cuaca menyebelahi kami pada hari ini.Diawal perjalanan,aku serahkan tugas memandu pada member aku dan aku jadi penumpang saja sebab aku ini tak berapa confident nak bawak basikal tu.Walaupun motor basikal,tapi hakikatnya macam motorsikal jugak.Aku ini nak kata penah, nak membonceng motor pon aku seram-seram kuku.Entahlah,bagi aku motorsikal macam tak berapa nak safety sangat..Itu perasaan aku je.Bagi korang,mungkin tak kot.heh.. Suasana pagi damai.Kelihatan warga tempatan mula berjogging.Pagi-pagi subuh shafie dah keluar berjoging.Kalau aku memang time sedap bantai tidur balik. Jalanraya pula tak payah nak disebut.Lengang gila.Jadi,tak risau nak bawak macam mana pun,bagaikan jalan ini aku yang punya.Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.Menurut "H",matahari dijangka terbit sekitar jam 5.30 pagi. Apalagi,kelam kabut jugak drive basikal ini.Takut terlepas sunrise.Tak pasal-pasal menyesal tak sudah-sudah.

Untuk tiket masuk ke angkor wat,harga yang ditawarkan berbeza mengikut pas harian.Waktu operasi bermula jam 5.00 pagi sehingga 5.30 petang.Dibuka pada setiap hari.Perlu diingatkan bahawa pas ini perlu dijaga dan jangan sampai hilang.Kalau tidak,anda tidak dibenarkan untuk melawat temple.Jangan jadi seperti aku.Menyesal weh..sobsobsob..

* Pas tiket 1 hari : 20usd
   Pas  tiket 3 hari :40usd
   Pas tiket 7 hari : 60usd 


Kaunter tiket terletak agak jauh dari pintu masuk ke angkor wat.Yang bestnya,waktu nak beli tiket,siap ambik gambar bagai.Boleh simpan buat souvenir kenang-kenangan katenye.Tapi malang tidak berbau buat aku,tiket tu hilang.Bukan setakat tak boleh simpan,Nak masuk temple pon tak boleh.Dahlah temple yang aku memang nak masuk.Sedeh campur terkilan weh..Memang takde rezeki.Agaknya macam  kene pergi lagi sekali kot.???haaa.

# Tiket aku..

#sumber dari google

Memandangkan kawasan angkor wat ini terlalu luas buat kami untuk jelajah seharian,makanya kami memilih untuk melihat temple utama di angkor wat iaitu Angkor wat,Bayoun,Baphoun dan Ta prohm.Melihatkan seni bina yang hampir sama,jadi aku tak terasa menyesal sangat kalau tak dapat cover semua area.Tapi kalau korang jenis yang suka mengkaji batu-batan ini,disyorkan ambillah 3 hari pas.Confirm ,lepas ni sejarah kemboja memang dalam kepala.haaa...Kami memulakan perjalanan kami ke angkor wat.Ramai tourist bersiap sedia dengan kamera canggih untuk snap matahari terbit.Spot yang cantik confrim dorang dah kebas habis.Nasib baik ada jugak tempat duduk nak lepak.phew..
#try snap .Hasil bolehlah bla..

Sepanjang kami di angkor wat,banyak kali jugak aku terserempak dengan sekumpulan mamat malaysia yang sekapal dengan kami.Rasa nak tegur tu ade jugak,tapi segan pulak.Jadi,kami pilih untuk buat tak nampak jelah.Bukan sombong okey tapi SEGAN malu-malu kucing katenye..hehhee..Seperti kebiasaannya,setiap kuil ada kisah tersendiri.Kami pulak tak mampu nak hired guide,jadi terpakse selit-selit dalam mana-mana group yang hired guide.Aku nak ceritakan kisah angkor wat ni pon tak lepas sebab dapat dengar tebuk-tebuk je dari guide.Takpelah,google kan hado..

#elok je muka awal pagi.semangat membara..






Kebiasaannya tempat tumpuan pelancong memang banyak peniaga kecil-kecilan ni.Kecik-kecik dah pandai meniaga.Aku rasa dorang ni mungkin dalam umur 6 - 12 tahun kot. Bukan setakat itu je,dorang boleh speaking woo.Kira power jugak kan.Kalau aku umur macam dorang,belum tentu boleh speaking.ngehh..Sudah puas jelajah angkor wat,member request pekene kopi .Sebelum keluar ,kami singgah di gerai di situ.Apalagi,adegan rebut-merebut customer pon terjadi.Bila perati nama gerai,pelik -pelik dorang bagi nama.Yang sorang tu Angelina jolie blablabla (aku lupe ),yang sorang lagi lady gaga.Konon boleh attract customer la kot.Bila keadaan jadi macam ni,kami pon bertindak adil (macam justice pao konon,heheh)..Akhirnya,aku beli kopi kat angelina jolie,member aku beli di gerai lady gaga.Adil kan..Harga secawan kopi bernilai 1usd..


#Ala-ala berkelah di tepi kolam.Mahal weh view ni..


Kami meneruskan perjalanan ke Bayoun temple.Disini jugak aku suspect pass aku hilang.Entah tercicir kat mana memang menjadi tanda misteri nusantara.Setiap temple akan ada pegawai yang akan check pass anda.Kalau pas hilang,sor naik lori jawabnya..hehh..Cuaca disini semakin terik.Panas bercampur bahang.Muka taktau jadi hape.Berminyak bercampur peluh.Confrim balik ni rentung abes.Waktu keluar dari bayon,boleh pulak kami tersalah exit.cess..Bila tengok keadaan ,semua jalan keluar hampir sama.Kiranya tersesat jugaklah dalam temple ni.Berpusing-pusing cari jalan keluar.Nak masuk balik kene tunjuk pas lagi. haiih..Lama jugak kami berpusing cari jalan keluar.Agak dalam 15 minit kot..pfffttt..

#Bayoun temple.








#setiap sisi mempunyai wajah 


#Panas giler woo...

#Time ni sesat carik jalan keluar

Semasa keluar dari bayoun temple,pegawai wanita yang bertugas disitu mengesyorkan kami ke salah satu temple yang berada jauh dari sini.(include tiket).kalau tak silap pendengaran aku temple tu dibina untuk wanita.Keunikan temple itu adalah warnanya pink.Aku pon lupa nama kuil tu.haha.Bila memikirkan kudrat masing-masing yang ciput,kami membatalkan niat untuk kesana.Jauh gile kot.Memang tak larat.Kalau berbajet besar,aku hired je tuktuk..So ,kami meneruskan perjalanan ke temple seterusnya iaitu Baphoun..

#Finally reach at Baphuon temple.

Kedudukan temple ini tidak jauh dari Bayoun.Aku rasa tak sampai 5 minit kot dah sampai..Memandangkan cuaca semakin terik,kami mengambil inisiatif untuk berteduh sebentar di bawah pokok.Nasib baik ada tempat duduk.haaaa...Muka memasing dah terasa terbakar.

Sebenarnya Baphuon ini takda beza sangat dengan temple yang lain.Cuma disini korang boleh panjat naik ke puncak Baphuon.Tangga yang disediakan memang curam gila.90 darjah aku rasa.Aku ni jenis gayat.Tapi gagahkan jugaklah naik sampai atas.Alang-alang dah sampai,merasa jelah kan.Nak naik,aku boleh bla lagi.Tapi time nak turun ,aku tak tau nak kata apa.Bila diingat balik,terus berpeluh tangan ni.aishh..Tapi,ini adalah satu pengalaman yang menarik.Kami terserempak lagi dengan bebudak malaysia.Tengok dorang rasanya dah habis tour la kot.Sebab memasing dok melepak kt tepi jalan..Kami pulak baru nak discover Baphuon..Andaikata  terjumpa lagi,aku akan tegurlah korang.Hehehe...

#Area Baphuon

#nampak tak orang yang lepak kt titi jalan tu,Tula budak2 mesia yang aku cerita.hehe

#Nampak macam ok kn,tapi sesungguhnya sangat menyeramkan

#view dari atas puncak Baphuon

#perasan model kejap..

Selesai tour di Baphuon,kami pergi menuju ke Ta Phrom.Ta phrom sangat femes dikalangan tourist selain dari Angkor wat.Ini kerana Ta Phrom merupakan adegan shot filem Lara Croft..Jadi agak teruja jugaklah kan.Dari Bahpuon ke Ta phrom agak jauh jugak.Mungkin ambil masa lebih kurang 30 jam kot.Waktu nak parking basikal tu,aku pon terus nak keluarkan tiket.Yelah,nak masuk kene tunjuk tiket,kang tak pasal-pasal kene kick.Ha kau,time ni aku dah gabra gile babeng.Mane taknye,tiket hilang woo..sobsobsob.Igat nak buat dajal masuk tak payah tunjuk tiket,tapi staf kat situ perasan.Ha,,nak taknak,member aku masuk sorang-sorang jelah.Aku tunggu kat exit entrance.Sodih nak oii,makcik....Goodbye Lara croft..


#Motor merah..Dalam kenangan
Jadi,aku pon drive motor tu ke exit entrance.Sampai disana,aku terus carik spot untuk parking.Agak janggal jugaklah aku nak parking.hahah...Sementara menunggu member bersuka ria di dalam,aku terserempak lagi dengan budak mesia.Kali ni dorang macam nak tegur aku kn..Takpe,aku buat muka macho kejap..heheeh..Nampak dorang tolak-menolak nak tegur aku.Dengar jugak,dorang cakap"eh kolah tegur dia"hahaha...Segan kan..Last-last,sorang dari mereka dipilih untuk menegur aku..

Dia : Dari malaysia ke?
Aku : Aaaa..
Dia  : Nak tanyela,korang sewa motor ni berapa ea?
Aku : 9 dollar
Dia  : ooo..Kat mana sewa?
Aku : kat kedai deretan roundaboud..
Dia  : mmm...Kitaorang sewa tuktuk ja
Aku :Oklah jugak sebab korang ramai kn.Boleh share2.
         Korang stay hostel mana?
Dia  : Area nightstreet.Malam tu pun makan kt kedai india deret-deret situ..
         mmm..oklah,saya gerak dulu la ye..
Aku  :ok..

Tak lama lepas bebual tu,member aku pun tiba..haaa..Jadi,time balik ni aku pulak bawak motor tu.Hati ni tak confident,tapi kene jugak gagah.Bila lagi kan.Takkan nak suruh memeber aku drive lagi.Dalam perjalanan balik ke hostel,aku eksiden..Ha,berlanggar dengan tuktuk..Seb baiklah tuktuk tu bawak slow.Aku pon bawak slow jugak.Tapi hasilnya kami terjatuh kedebuk.Tourist yang kat dalam tuktuk tu gelabah.Orang jepun..Mana taknye ,member aku terjatuh ke depan.Risau jugak aku.Tapi aku lebih risauka motor tu.Giler kau.Kalau rosak,naya kami kne bayar ganti rugi..Tengok handle motor tu lari balance.Berusaha jugak dorang nak tolong betulkan.Aku pulak mintak maaf kat dorang.Yelah memang salah aku pon.NAsib baik kami cuma cedera ringan tahap jatuh basikal.Hati ni dah seram sejuk nak drive.Nak taknak member aku terpakse ganti drive.Dalam otak ni dah fikir macam-macam.Macam mana nak membohong ni..So,kami decide terpakse berlakon ,macam buat takde pape terjadi.End....

Time nak pulangkan motor,kami buat muka bersahaja.So,staf check motor ,tengok kondisi segala bagai.then terus proceed bagi balik lesen memandu aku.Time ni aku dah lega gila babeng.Rasa terus terang je cahaya..Balik bilik,tengok kaki adelah dalam 2 lebam.Member aku pun sama jugak.Cuma dia luka sikit kat tapak tangan.Walaupun begitu,hati aku ni masih lagi tak berapa tenang.Macam ade je akan berlaku lagi..haiiihh...Takpelah,relax and chill udah..

Malam tu kami decide pergi ke restaurant yang sama untuk makan . Jumpe lagi Zaki..heheh..Tengok dorang macam tengah sediakan meja makan.Nampak macam rombongan kot nak mai makan kt situ.Rupenye,memang rombongan dari malaysia.Tetiba sorang pakcik datang menegur kami..

Pakcik : Assalamualaikum..Dari malaysia ke?
Kami   : Waalaikumussalam..Aaa pakcik..
Pakcik : Berdua je ke?
Kami   : Aa .Kami berdua saja..
Pakcik :Berani nya kamu ni..Asal mane?
Kami   : KL n Johor..Pakcik pulak?
Pakcik  : Kami ni mai dari penang..Saja rombongan dengan kawan-kawan..
Kami    : ooo...
Pakcik  : Lepas ni kamu nak kemana pulak?
Kami    : Kami nak ke Bangkok pulak..
Pakcik  : Kalau kat bangkok,naik taxi dia aje.Murah sikit dari tuktuk tu..
              Hati-hati nanti kamu kat sana.Pakcik mintak diri dulu la ye.
Kami    : Baiklah..Terima kasih ..

#Dish kami yang terakhir di kota Siem reap,Fish with Morning glory..
Ntah pakai bunga morning glory la kot..

 Usai makan,kami berjalan sekitar area pubstreet..Igatkan nak mencari Temple club,sudahnya memang tak jumpa.Entah kat mana lah menyorok tempat tu.Kalau korang datang ke siem reap ni,try cari temple club.Kat sini,mereka menawarkan persembahan tradisional dan budaya kemboja.Kalau tak silap aku,persembahan akan berlangsung sekitar jam 7.00 pm - 9.00 pm.Yang paling penting sekali ,show ini adalah free.So ,rugi kalau tak pergi..

#sumber dari gugel.


#sekitar pubstreet


#makanan eksotik kemboja..Kalau nak rasa..
hahah..
Rasa macam takde pape nak diusha lagi ,kami terus balik ke hostel.Hati aku ni masih lagi tak sedap.Masuk je bilik,tetiba ade penghuni yang tak undang datang .LIPAS...dua-dua dahla takut lipas.Lahai,macam mana la ni eh..Nak taknak terpakse panggil staf suruh bunuh je lipas tu.Aku pun berkejar turun ke bawah.Time nak panggil mintak pertolongan,tetiba muka yang familiar datang ke hostel tu.Sah,staf dari kedai motor.Aduih..Bertubi-tubi datang..Dalam hati ni berdoa jela banyak-banyak.

Staf motor : Ms,boleh duduk bincang tak? ade problem sikit..
Aku           : Erm ,boleh.tapi saya nak settle kan dulu bilik saya..Ada lipas..heee
Staf motor  : ok..

Aku bergegas naik atas nak inform kat member aku yang staf tu datang.So,kene buat muka takde pape sudah..Ni memang boleh jadi pelakon kot..hahaaa..Pasukan penyelamat pon datang,ha...sekali tengok staf tu yang datang tolong buang lipas..Member aku cakap maybe dia nak tengok kot samada kami ni ade eksiden..Tapi kompemla xde pape sebab cume lebam aje..Settle masalah lipas,masalah motor pulak.Kami pon turun jumpa staf tu..

Kami  : hi..So ,apa yang kamu nak bincangkan?
Staf     : Macam gini,saya dapati motor yang kamu sewa ada masalah.Kamu ada terlibat dengan                  eksiden  tak?

Gulp.....Ok,cool..muka kene mantain ok..

Kami   : Yeke?kami takde pulak terlibat dengan ape-ape..Time bawak balik pon ok ja sampai ke                   kedai kamu.
Staf      : Kalau takde takpela..Cuma nanti gaji saya kene tolak regarding nak bayar ganti rugi..

Alamak.Ni dalam hati kesian pulak.tapi untuk kepentingan ,kami terpaske jugak melarikan diri dari jenayah ini..

Kami   : Oo yeke..Lagipun,Staf awak pon dah check semua ok..Lagipun kami bawak motor tu pon              masih dalam kondisi yang sama.
Staf     :takpelah kalau macam tu.Saya mintak diri dulu la ye..

Wooohhh...Naik bilik,lepas nafas lega..Tapi aku ni tak boleh nak tidor pulak.Rasa macam nak cepat-cepat je keluar dari sini..YElah orang kalau dah buat salah memang macam ni..hahah...Malam tu,aku dah pikir bukan-bukan.kalau tetibe boss dia datang serang kami,nak buat macam mana????mati nak oiii...Malam tu aku rasa malam yang sungguh pangjang buat kami untuk menunggu hari esok..haaaaa...

Bersambung............





























No comments:

Post a Comment