Sunday, 3 April 2016

SAWADIKAP from Bangkok,Thailand

18hb Oktober 2015 : Day 4



Hari ini merupakan hari pertama kami membuka langkah menjejak bumi Bangkok. Memandangkan kami tiba di bangkok pada hari Ahad,maka Pasar Chatucak dan Amphawa floating  market adalah tempat wajib untuk dikunjungi.Sebelum ke Chatucak,meh kita beli siap-siap tiket ketapi ke Butterworth.Nahas kami kalau tiket dah habis.Ok,Stesen keretapi memang dekat saja dari hostel kami.Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.haa.Aku memang memilih untuk booking di T-boutique hostel ini sebab salah satunya dekat dengan stesen Hua Lamphong.Lagipun kami akan ke Ayutthaya menaiki keretapi.Overall,hostel ini aku recommend untuk korang stay kat sini.Walaupun bilik muat-muat je,tapi sangatlah selesa.Harga yang dikenakan juga berbaloi.Owner pon ramah-tamah orangnya.Thumbs up!!

Berbalik semula pada cerita tiket butterworth,kami memilih untuk balik ke malaysia pada 22hb Oktober.Sememangnya kami amatlah bernasib baik...Kesemua katil bawah sudah disapu Seat cuma tinggal 2 sahaja.Itu pun tinggal katil atas saja .Lagi pula kami memang bercadang untuk beli tiket upper berth..Murah sikitkan.hehehe..

#harga tiket naik 100bath berbanding taun lepas.huuhh
Selesai urusan pembelian tiket,kami menuju ke pasar chatucak.Dari mrt hua lamphong nak ke pasar chatucak,korang boleh berhenti di mrt kampheng.Kedudukan mrt kampheng tidak jauh dari pasar chatucak berbanding jika berhenti di station chatucak park.Aku rasalah..Kalau salah ,harap maap..Untuk rate harga mrt ,bolehlah melawat ke www.transitbangkok.com.Tapi di website itu, ade sikit perbezaan harga dengan yang asal.Sebabnye di website tulis dari hua lamphong ke kampheng cume 40bath.Tapi hakikatnya adalah 42bath.Aku pulak boleh terlupe nak snap gambar ritu..hehee.Sepanjang aku berada di bangkok,transport utama aku kat sini of course lah bts dan mrt.Servis transport ini memang terbaik.Harga pula bagi aku lebih kurang je dengan kl nun..Awal-awal tu rasa macam murah,Yela duit mereka murah dari kita.Tapi bila curency kita jadi tintong,aku rasa terkesan beb.Calculate balik,rase mahallah pulak..mm.Nak kata,kos hidup kat sini lebih kurang kl.jugak.Makanan pon standard harga malaysia.So,aku tak rasa pun  bangkok ni murah.Ini cuma pendapat aku..Pendapat korang mungkin lain dari aku..ye tak.. :P

#fare untuk bts dari mochit station 
Chatucak market ini cuma di buka pada hari minggu saja.Jadi kalau korang datang hari biasa,memang jadi pasar tani weh..Aku dah terkena..haha..Korang bayangkan tempat ni bukan seperti pasar siang kat tempat kita ini..Dorang siap ada kedai bagai..So aku menjangkakan,kalau dah sewa kedai,confrim akan buka weekdays jugak.,Kejadian ini menimpa semasa aku cuba pergi ke chatucak sebelum aku berangkat balik.Ade souvenir yang terlupa nak beli.Dalam fikiran aku,kot-kot lah kedai bukak.Yelah,aku fikir takde kot sewa kedai cuma untuk dua hari Kalau ada sesiapa yang beranggapan macam aku,sila angkat tangan..heeee.Tapi jangkaan aku meleset beb..Keciwa..Sume kedai tutup.Seperti yang aku mention kat atas,tempat ni jadi pasar tani.pffssst.Siyes membazir duit transport.42 bath one way.Kalau return dah 84bath.mmm.Tak terkata aku bila di tempat kejadian..pffssst 

Kami tiba di Chatucak lebih kurang dalam pukul 8 lebih.Kedai semua masih baru nak setup.Yela,aku pergi memang awal gile weh.Sebab lepas ini plan nak ke amphawa floating market pulak.Makanya,kami pon segerakan niat kami untuk mencari souvenir .Tengah-tengah usha ternampak pulak orang jual coconut ice cream.Kebanyakan blog yang aku baca dorang recommend bende ni.So,kami pon tryla kot-kotla sedap seperti yang diperkatakan.Bagi aku,so-so je.Tapi aku puji air kelape dia,memang umph kow-kow!!!hahaaa..

#coconutt ice cream 20bath.Mahal dari thn lepas jugak.ngehh..

Kebanyakan harga t-shirt yang kami nampak semua lebih dari bajet kami,kira-kiea sehelai 100bath.Kebetulan kami lalu di kedai yang menjual t-shrit berharga 50bath sehelai.Apalagi,kami pon grab peluang tersebut.Tak dapat dik kat kedai lain.Satu kedai ni je yang jual harga murah gini.Kedai ini diusahakan oleh 2 orang adik beradik.Si abang muka macam jepun,pandai speaking kelate.Si adik pula muka chinese look.dua-dua hensem weh..Aku tau ni pon sebab gatal mengusha..hahhaaa..Lantas aku grab 2 helai .Size xl mahal sikit banding size s,89bath.Usai membeli t-shirt,perut dah meragam mintak makan.Disini tak susah nak cari makanan halal.Korang boleh nampak makcik-makcik bertudung.Tapi seperti yang aku mention ,harga makanan standard je dengan malaysia.Tapi kebetulan lagi,kami jumpa gerai menjual lauk campur yang murah..Sedap pon boleh tahan.Cume perut aku tak tahan panas.Pedas gile weh..Aku tengok yang makan kat situ sume berpeluh..Tak kiralah abang berlengan tatu.Tapi yang macho,siap bubuh lagi sambal.Hensem ah.. :D

#Pedas tapi sedap.40bath ja

  
#Deretan kedai

Dalam perjalanan nak ke bts,kami nampak ada fridge magnet.Murah berbanding di kedai lain.Beli 6 50bath.Okla kan.Buat kenangan.Tak silap aku,kedai ini area bts mochit kot.Sori kalau Info aku ni tak membantu sangat..hehee..Hari ni settle urusan souvenir,so,kami terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Amphawa Floating market.Pada awal perancangan,kami memang bercadang untuk ke Amphawa floating dan juga Maeklong train market.Bila gugel,aku jumpa satu news ,kata rail train ke maeklong dalam kerja pembaikpulih.Dijangka siap November 2015.Kami ini pulak datang ke bangkok oktober.Memang takde rezekila jawabnya nak capture view ketapi tuh.Next time kalau ade jodoh lagi ,memang aku pergi tempat ni.Bukan ape,Pasar maeklong ni sangat antik,Antik sebab pasar ini dibina diatas landasan keretapi.Ha,kalau keretapi datang masing-masing bagi laluan..Takpe..Aku totap nak tepek gambar,tapi hasil dari pakcik gugel lah..ohoho..

#sumber gugel aje..Nak pegi takde rezeki..
Macam mana pulak nak ke amphawa floating market?Kat sini aku bagi direction.Aku dapat direction ni bila aku godek-godek kat gugel,makanya terkeluarlah website ini,www.amphawatoday.com.Dalam website ni inform direction nak ke amphawa floating market dan Maeklong.Van station berkampung di bts Victory monument.Lokasi stesen ini berada di sebalik 7-eleven.Kalau korang nampak 7-eleven,maka,korang dah dekat dengan lokasi van.Van beroperasi Isnin-Khamis (6.00 - 7.00pm),Jumaat-Ahad (6.00 - 8.00pm)Harga yang dikenakan untuk sehala adalah 80bath seorang .Perjalanan ke Amphawa mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit.Tapi time balik ke bangkok,macet woi jalan.Boleh tahan lebih kurang 4jam baru sampai pusat bandar.Bila perati keadaan sekeliling,aku rasa oktober waktu dorang sembahyang kot.Pastu bila aku bertegur dengan aunty dalam keretapi time balik ke malaysia,dorang memang ade berkampung kat sini.Bunyik lebih kurang macam haji untuk umat islam.10hari jugak dorang berkampung kat thailand ni.Siap berpuasa makan makan makanan berdaging.Sebab itu ,aku perasan banyak kuil dipenuhi orang pakai baju putih aka baju tradisional thailand.Dan sebab itu juga tiket ktm disapu habis.Jika korang ada bercadang nak balik malaysia dari bangkok melalui train,lebih baik korang pikir nak datang ke thailand pada tarikh 15hb oktober -22hb oktober.Kalau tak,kebarangkalian tiket habis amatlah tinggi..


#kaunter van
#van yang bakal kami naiki
#tada,amphawa floating panas terik..
#pandangan dari atas jambatan




#deretan kedai yang ada di amphawa

#lauk wajib dijual di tahiland.Exotic food..
#kedai lagi

Pasar ini lebih kurang pasar malam di malaysia.Bezanya cuma ada sampan yang meniaga makanan.Tengah waktu panas n,kalau dapat minum air sejuk,memang nikmat.Kami terjumpa gerai jual air kelapa.Segar gila.Sebijik cuma 10bath je.Ha,korang convertla bape.Kat malaysia sebijik 3-4 hengget.Rehat kat tepi minum sat air kelapa.Fuhh,nikmat betul,Alhamdulillah.Bagi aku,kalau sekadar nak ambil feel pasar-pasar thailand ni,bolehlah ke amphawa floating market ni.Tapi orang kata Damnoek floating market lagi best sebab banyak lagi sampan-sampan yang meniaga berbanding amphawa ini.Disini po boleh juga nak mencuba naik sampan,tapi berbayarlah.Kami ni bajet terhad,tengok dari tepi pon jadi.Tapi kalau tak naik pon,aku tak rasa rugi.heheeh..Dalam meredah orang ramai,aku terperasaan ada sorang mamat ni mencuri.Kalau tak silap aku makanan.Member dari gerai sebelah perasan,so dia cepat-cepat bagitau kt member dia kata makanan ko kene curi..Kecoh la makcih berdua tu.Tapi sebab suasana yang sesak dan bising,maka makcik tu terpakse halal je kat pencuri tu.Nak buat macam mana kan..haaaaa..

Tak lama kami meronda pasar ,kami terus ke stesen van.Lama bhai kami tunggu van datang.Ntah kami sempat tak sampai ke bangkok sebelum malam.Nah,ternyata tidak.Sepatutnya kami punya tiket pukul 5pm,tapi naik van pukul 7pm.Jawabnya memang kompem sampai malam.Balik tu,jalan memang macet nak katanya.Seperti yang aku mention kat atas,mereka ada upacara sembahyang.Agaknya sebab tu jalan macet.Aku siap tertidur lagi.Nasib baik,waktu sampai tu aku tersedar.haaa..Kami terus bergegas ke stesen bts untuk pulang ke hostel.Sampai hostel,memang lepak...Esok masih ada pengembaraan untuk diteruskan..

bersambung...

No comments:

Post a Comment