Friday 2 September 2016

Sawadikap Thailand

SAWADIKAP from BANGKOK,Thailand part 2

19hb Oktober 2015 : Day 5


Sudah hari kedua kami di kota bangkok.Misi kuliner utama kami adalah nak cari tomyam thai dan Cha yen.Selalu rasa yang di malaysia.Kali ini kita nak cuba jugak tomyam versi origanal..Tapi sebelum melaksanakan misi kulinari,kita completekan dulu misi backpack kita.Plan hari ini adalah melawat tourist hotpots iaitu Grand Palace,Wat Arun,Wat Pho,Jim Thompson house.Tiga tempat tersebut saling berdekatan antara satu sama lain.Jadi agak mudah untuk explore dalam masa 1 hari.

Untuk ke sana, ambil Silom line bts ke Saphan Taksin dan keluar exit No.2.Disitu akan ada terpampang signboard untuk menaiki Chao Phraya express boat ke Ta Cahng pier No.9 (grand palace).Tiket berharga 14bath. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga dan jadual perjalanan,ketik saja di www.chaophrayaexpressboat.com.Semua info ada di website tu.



# Suasana di Sungai Mekong

#Bila tengok macam kat sabah pon ade..heeh. Feeling  aku je
Seperti dalam planner,destinasi pertama adalah Grand Palace.Awalnya memang kami nak skip saja sebab mahal bebenor.500 bath tu.Dahlah time pergi ni duit mesia sengkek .Jatuh rm8/100bath.Memang awal-awal skip teruih..Tapi disebabkan dorang ni satu jalan,apa salahnya sekadar melawat diluar palace je kan.Free...Itu yang penting..heee..Sepanjang perjalanan ke Grand palace,taik kuda bersepah-sepah..Siap nampak kuda tu buang "bom" lagi.Bau tak payah kata,confirm bau bunga.heeh..Time kami sampai di palace, cuaca mendung tiba-tiba.Bila tengok mendung dia tu,memang gerenti hujan.Aku dah fikir tak syok lah nak sighseeing hujan-hujan.Ye tak??Tapi mendung tu sekadar dugaan aku kejap je.Lepas mendung tu,cuaca memang cerah.Secerah mentari beserta kehangatan kuasa maksima.Panas betol...Amik ko.

Kepada sesiapa yang minat tentang seni bina,aku rasa memang tempat ni wajib ko kunjungi.Sebab ape?? Sebab Grand palace merupakan simbol keunikan seni bina Diraja Thailand.Selama 150 tahun sejak bangkok menjadi bandar utama di Thailand,Grand Palace bukan sahaja sebagai tempat tinggal kelaurga diraja,malah sebagai pusat pemerintahan kerajaan.Semasa pemerintahan Raja Rama V,tempat bersemayam bagi keluarga diraja dipindahkan ke Istana Dusit.Makanya,sekarang Grand palace adalah sebagai tempat keluarga diraja melakukan upacara dan juga state receptions..

#Kuda diraja la gamaknya..Sepanjang jalan ke palace,aku nampak taik ko je..huu


#ramainya umat nak masuk palace ni..

#nampal tak mendung tu..Tipu je tu



Selesai sesi photography di palace,kami berjalan ke temple Wat arun.Perjalanan dari palace ke wat arun taklah jauh.Cuma mengambil masa lebih kurang dalam beberapa minit saja.Tetapi,nasib kami tak berapa baik.Time pergi tu Wat arun tengah dalam renovation..Cuma boleh masuk di kawasan yang terbuka.Jadilah.Yang penting aku dah je masuk.Tiket masuk 50bath.Agak rugi jugak sebab amik gambar  nampak tiang palang terpacak.


#Pintu masuk utama ke Wat Arun.
Sepanjang penelitian aku tentang temple di Thailand ni,aku dapati patung-patung yang diukir berbeza dengan di China dan juga Indonesia.Seperti yang korang sedia maklum,di Yogjakarta juga mempunyai temple agama buddha iaitu Borobudur.Aku pernah tengok juga kat tv tu pasal dewa-dewa agama buddha ni,Tapi ukiran patung memang berbeza sangat.Kengkadang tu konfius jugak.Adakah dorang pun macam kita jugak,banyak mazhab??ermm..Sekadar bertanya...








#nampak tu,under renovation..huhh..



#seni bina yang cantik


Setelah selesai meronda,kami terus ke Wat Pho.Pada awalnya kami tak tau macam mana nak ke wat pho ni.Yela,tempat diseberang sungai dari wat arun.Lama juga kami berpusing-pusingmencari jalan,siap bertanya dengan local.Tapi apa yang local tu bagi jawapan "kene ambil boat private 200bath"..Nak fengsan aku dengar dia kata gitu.Ko nak markup ke ape pakcik???Pastu,try tanya dengan omputih,dia kat depan jalan nun,ada boat nk ke wat pho.Murah je..Harga ke wat pho 3bath je.Beza gile harga tadi.fuhh..Lega kami dengar.Terus tak jadi nak berputus asa..hahah..

#tempat menunggu boat

#Kaunter tiket.
Sibuk ye makcik kira duit..

#yeah..bot dah sampai

#selesai menyeberang..
Nama penuh bagi Wat pho adalah Wat Phrachetuphon Wimonmangkhalaram Ratchaworamahawihan.Berbelit lidah nak menyebut..Tapi itulah nama yang diberi.Harga masuk ke wat pho ni adalah 100 bath.Waktu beroperasi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.Wat pho dikenali  dengan buddha baring.Memang besar betul buddha tu.Secara asalnya wat pho merupakan kuil lama dari zaman Ayutthaya yang diberi nama sebagai Wat Photaharam.Dan sebab itu juga orang ramai masih memanggil dengan nama Wat Pho hingga sekarang..



#meow ni memang sombong aku cakap ko.Orang panggil buat perangai diva..



Agak-agak dah puas meronda tu,kami terus je destinasi sightseeing terakhir sebelum ke misi kulineri.Destinasi adalah Jim Thompson House.Aku pon taktau sangat pasal rumah ni,tapi banayk jugak yang recommend pergi.Kita try tengok jelakan. Dari Bts Saphan Taksin,ambil line ke Sala daeng.Tiba di destinasi,harga tiket memang aku 100bath.Aku bajet dalam 50bath ke hape.Luar bajet ler jawabnya..Sebab perut pon memasing dah lapar,kami dengan rela untuk skip saja tempat ni.haaaa...

Time ni memang terjadi adegan sesat nak cari makanan halal.Berpusing-pusing kau cari.Start dari hari pertama tu,memang mengidap nak makan tomyam dan cha yen.So aku ada cari kat internet pasal makanan halal di Bangkok.So aku spot satu tempat ni di Petchaburi Road.So dengan yakinnya,kami pon ambil train ke Pretchaburi..Lepas tu,loss..Hahaha..Silap tempat weh..Nanges jugak.Kaki dah penat menapak.Mampus..Mula tu gagah lagi nak berjalan kaki cari tempat tu.Dengan takde gps bagai,buta-buta je jalan.Sampai satu tahap,kami decide patah balik ke stesen bts.Ambil teksi,terus ckp ke jalan petcaburi..Melayang 40bath..huuuh..Rupanya Petcahburi road tu terletak kat Ratchadewi station..Bengong aku...!!Tempat itu merupakan kawasan muslim,Masjid darul aman merupakan simbol kawasan tersebut.Ermm,patutnya aku cari jela kat mana kedudukan masjid tu.Pffstt....Kami dah tak kira ape,Pilih jela mana-mana gerai makan,Kami nak duduk ,makan.Kaki dah penat gile.So order haruslah Tomyam..Pendapat aku mengenai tomyam thailand ni,rasa dia betul-betul masam,pedas.Lain dengan kt mesia.Tak boleh hirup aku..So far,misi terlaksana..Sebelum pulang tu,ternampak pulak ada bakaq-bakaq hotdog macam kt UUM.teringat aku.Ape lagi,kami pon tapau 2 bakaq-bakaq untuk melepas gian..hahah..

No comments:

Post a Comment