Sunday, 6 November 2016

Si Merah Api ~ Fushimi Inari Taisha Shrine

Rakunan area,Kyoto 
5hb Oktober 2016 : Day 2 (part 1)

Sebelum aku memulakan kembara aku,apa kata kita refresh serba sedikit tentang sejarah Kyoto.Rata-rata dari kita semua tahu tentang Kyoto.Kyoto merupakan bandar bersejarah yang pernah diduduki oleh pemerintah dari tahun 794 sehingga 1868.Sepanjang zaman tersebut,bandar Kyoto banyak yang musnah disebabkan oleh peperangan dan juga kebakaran.Disebabkan oleh nilai sejarah yang ada pada bandar tersebut,maka Kyoto digugurkan dari senarai target bom semasa perang dunia ke-2.Kyoto terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu Rakuchu (central) ,Rakuto(eastern),Rakuhoku(northern),Rakusai(western),dan Rakunan(southern).

Destinasi hari ini yang kami tujui adalah Fushimi Inari Taisha Shrine.Fushimi inari merupakan salah satu dari Rakunan area.Tempat ni orang kata wajib kot pergi.Kalau tak pegi,bukan namanya kyoto.Ada dua option samada naik keihan line atau Jr line.Disebabkan hostel kami dekat dengan keihan line,makanya kami naik subway shichijo st ke Fushimi inari st (Keihan line).Harga tak silap aku 150yen dan masuk adalah percuma.GRATIS.!!Waktu sampai kat sini,aku pikir ,waktu ni kire awal dan dan tak ramai orang.Meleset sekali sangkaan aku tu.Ada kawan yang baru aku kenal time makan kat naritaya gion kata ,kalau nak pergi best waktu lepas subuh la kot.Yang penting awal-awal pagi gile.Time tu orang memang tak ramai dan yang paling win adalah korang boleh tengok dorang semayang sekali.Rare kan kalau dapat ambik gambar waktu tu..uhuu..



#Fushimi inari station
#gagah obachan jalan.
#Time ni kedai semua baru setup nak bukak

#aku rasanya pintu ni pintu belakang kot
#budak middle school..sailor uniform la kot.


#antara souvenir yang dijual



#main gate





.Fushimi inari merupakan salah satu kuil yang tertua di Kyoto dibina zaman HeienFungsi kuil ini sebenarnya adalah bertujuan meminta doa kepada Inari ,iaitu Shinto god of rice bagi kesejahteraan dan kesuburan hasil tuaian.Ia sangatlah terkenal kerana beribu-ribu tiang merah menyala.Tiang ni dikenali sebagai Torii.Tiang ini dibina atas laluan ke arah gunung suci Inari bertujuan sebagai Prosperity in business dan kesejahteraan sesebuah keluarga.Saiz bagi sesebuah tiang bergantung pada harga donation.

Disini korang akan nampak patung-patung musang dikawasan shrine ni.Mungkin anda ingin tahu kenapa banyak bebenor patung musang tu kan.Patung musang dikenali sebagai Kitsune.Mereka percaya bahawa kitsune sebagai messenger kepada dewa shinto ni.Warna merah ini pulak ada meaning dia tersendiri.Bukan saja-saja dorang cat merah ni ye.Merah ini melambangkan hasil tuaian yang baik dan juga menggambarkan betapa indahnya japanese maple pada musim luruh.



#sisi kawasan shrine

#time ni start ko dah nampak ramai orang

#Aku dan map
#pintu menuju ke torii gates.











#ni bukan untuk minum.Ni buat cuci tangan kalo tak silap aku.



#antara doa-doa




Bagi pencinta hiking,aku recommend korang untuk try hiking di sini.Pemula bagi hikking trail adalah simbol Senbon torii.Jadi aku bercadang kami split kat sini,buat hal masing-masing sebab niat orang lain-lain.ye tak??hehe.Tepat pukul 11am,jumpa kat satu tempat.Aku nak try hiking sambil cari shoot yang cantik dan takde orang.haha.motip kan.Orang kata bila sampai puncak,korang akan dapat view bandar kyoto.Awal itu memang senang je nak hiking.Berdasarkan pengalaman orang,nak hiking ke mt inari mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke puncak..Tapi kalo tak larat boleh je nak patah balik.Dapat tengok view sikit pon jadila walaupon tak sampai puncak.View pon cantik.Sepanjang nak mencari view tu,memang nampak view tiang merah menyalah mak ngah.

Torii gates ni adalah sumbangan dari ahli perniagaan dan juga individu.seperti yang aku mention kat atas tadi,saiz torii bergantung kepada harga dan korang akan perasan disetiap torii akan ada nama penderma.Harga bagi torii bermula dalam lingkungan 40 000yen untuk yang kecil dan boleh mencecah sebanyak 1 juta yen bagi torii yang besar.Maka kat sini,makin besar torii,makin makbul kot doa tu.Memang kaya la kan orang yang derma ni.

#pintu yang dikenali sebagai SENBON TORII














#Harga bagi setiap torii.Aku assume kot..



#fox altar


#menuju pit stop pertama




Aku tengok macam takde penghujng pulak jalan ni.Main redah je kau.Jalan pon makin banyak tangga.Agak penat jugak ,tapi tak mencabar sangat macam kat kinkazen tu.Yang ni kira amatur jela.hahah.Aku tengok ramai oba san dan oji san hiking .Aku pikir umur dorang dalam lingkungan 60an.Memang bertenaga betul makcik-makcik ni.Aku pon naik malu dibuatnye.Agaknya dorang biasa jalan dan sebab itu juga dorang panjang umur.Ada oba san tu penat-penat pon dia teruskan juga.aku try tanya kat oba san tu dengan basic japanese yang aku tahu "daijobou desuka?''.Dia jawab dia ok ja..haha.Aku tengah penat jadi terus segan nak stop.Kira aku ni level tahap orang tua je kat sini.Ntah lagi rendah tahap level aku.Kalau budak-budak siap lari-lari lagi.Itula,malas lagi nak excersice.Nak pegi kedai seberang rumah je pon pakai kete.So,dalam hati aku nak niat istiomah excercise macam ni.Harap boleh pakai la niat tu..Selalu culas je nak excersice.

Bila sampai kat separuh puncak,aku rasa berbaloi aku mendaki .Permandangan dan perasaan waktu tu memang tak boleh dibeli.Tapi aku share kan perasaan aku waktu tu kat korang.ramai jugak aku tengok dah berehat kat atas.Time ni,kalau tak larat nak teruskan ,boleh patah balik.Bila aku tengok map,pengsan kot nak teruskan.Luntur semangat aku .Memang jauh lagi nak mendaki ke atas.Ni baru separuh,memang takla nak teruskan.Aku pon kekangan masa jugak sebab lepas ni nak pergi ke arashiyama.Tengok jam pon dah nak pukul 11.Memang sah aku tak boleh nak habiskan trail ni.so aku cadang berehat kejap sambil menghirup udara dan menikmati keindahan permandangan ni sambil shoot ape yang patut.heheh

#view bandar kyoto

#ganbate ne..sikit ja lagi

#tangga ini menanti aku untuk patah balik


#tangga ke pit stop ke-2

#aku kat kawasan yag bertanda merah.Nampak tak,memang jauh lagi nak mendaki

#ada kedai,taspi tak bukak..haha


#tangga bagi sesiapa yang larat nak teruskan perjalanan

#laluan kedua


#permandangan bandar yang padan dan semestinya sibuk

#model tengah lepak kejap


#mereka yang tengah menhayati peta




#antara laluan ke puncak


#panorama yang tak boleh dibeli




#lalauan menuju ke bawah


#anak-anak tangga menunggu aku





#another fox altar







Waktu aku nak patah balik ke bawah,aku bertembung dengan rumet sweden aku tu.Rupenye dorang pon datang sini.Dia tanya kat atas ada ape.Aku cakap cumw permandangan je,tapi kalau nak berehat ada sediakan kerusi kat situ.Lepas tu,kami pon sayonara bye bye memasing.Itu kire last time la aku berjumpe dengan dorang sebab dorang dah check out pagi tu.Maka,aku pon meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan itu,aku nampak sebuah lagi shrine.Aku pon singgah kejap nak ambik-ambik gambar kekdahnye.Aku lupe pulak nama ape shrine ni.Tapi shrine ni khas untuk si pencari jodoh  dan kesejahteraa keluarga dan pekerjaan.Siapa-siapa yang baru start nak cari jodoh ke,cari keje ke ,dorang akan berdoa kat shrine ni.Setiap kayu doa tu dibeli dengan harga tak silap aku 500 yen ke 1000 yen.Bukan setakat kayu doa sahaja,tapi patung macam figure pon ada dijual sebagai doa.Tak silap akulah.Harga patung tu aku tak pasti pulak.Bila masuk shrine ni macam sesuai pulak dengan aku.haha.Tapi kita ni islam kan.Apa-apa tak payah beli segala.Cume kene rajin je doa mintak kat Allah.Allah tu maha pendengar..Apa-apa pon jodoh tu Allah yang beri.InsyaAllah..





#doa-doa si pencari jodoh dan job seeker..


#dari kanan:patung isteri,suami dan pembantu


#comel je figure ni.harga kalau tak silap dalam 1000 yen kot








#neko berekor dua.Muka dah macam pencuri je




#finally tiba di destinasi


#kitsune menggigit padi.Ada maksud nye tau


Setelah aku bertemu balik dengan kawan aku ditempat yang dijanjikan,kami pun segera berangkat ke destinasi seterusnya iaitu Arashiyama.Waktu perjalanan ,aku terpaksa tahan nafsu je.Tepi -tepi jalan dah macam pasar malam korang tau.Bau alamak memang sedap-sedap.Ada satu gerai tu jual kaki ketam salji.Bau memang mengancam.Harga aku tengok secocok dalam 500 yen.Agak mahal.Tapi kalau halal,aku lama dah hentam secocok.Tapi ingatkan dalam beg ada bekal sambal goreng mak,aku tahankan nafsu.uhuhhu..


#sapa penah tengok anime takoyaki man,mesti akan terkenang kejap.hehe.meleleh air liur


#another kedai yang jual nasi belut.Bau sedap kot

#macam sami dalam anime je kan



#akhirnye,lunch sambal goreng mak juga yang sedap.yum yum

to be continued.....

No comments:

Post a Comment