Saturday 18 February 2017

Review,Tips dan Guide : Ho Chi Minh aka Saigon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Percutian aku baru-baru ini ke HCM berakhir dengan jayanya.Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan misi ini..Mission Completed.Sebagaimana yang korang sedia maklum,HCM adalah salah satu syurga membeli belah bagi warga Malaysia.hahaah..Tapi bagi yang kurang shopping (mcm aku),bawak duit sikit-sikit ja pon dah cukup. :P...Dikesempatan ini,aku ingin berkongsi serba sedikit pengalaman aku semasa aku berada di HCM aka Saigon,Vietnam..Aku pasti ramai yang dah buat entry pasal HCM ni.Tapi mungkin info yang aku berikan mungkin berguna kepada sesiapa yang belum pernah lagi ke HCM atau berminat mahu ke HCM.

1.Penginapan

Rata-rata rakyat malaysia akan menginap di NGUYEN AHN STREET.Jalan ini memang terkenal dengan rakyat malaysia kerana tempat yang strategik dengan pasar Benh Thanh dan juga mudah mencari makanan halal.Jadi,tidak hairan jika anda lihat jalan ini dipenuhi dengan rakyat malaysia.Korang akan rasa dah macam kat Malaysia bukan di Vietnam.heeeh .Memandangkan travel kali ni mak dengan makcik aku ikut,jadi aku book hotel Thanh Thu.Mudah untuk kami mencari makanan halal.Di kawasan ini,hotel yang aku menginap ini adalah yang paling murah berbanding dengan yang lain.Jadi kalau nak book hotel area sini,aku suggest book awal-awal sebab area sini selalu fully book.Andaikata Nguyen ahn street ni penuh,boleh jugak book di hotel Moc Huang.Dekat juga dengan jalan Nguyen ahn ni.Cuma tempat ni terletak di lorong kecil.Teksi tak boleh masuk dalam.Kene menapak sikit.

#Sumber google.
#Berhadapan dgn restoran halal

#pasar malam di depan pasar ben than

#suasana pasar malam

2.Matawang


Disini HCM,korang boleh guna matawang RM,VDN,USD.Aku tukar RM 1 = 5000dong dan 1usd=rm4.45.Untuk shopping,aku saran korang guna matawang RM sebab peniaga di sini letak harga dalam RM.Kalau convert ke USD atau VDN,harga jadi makin mahal.Macam kes aku,aku beli beg Deuter (ofcoz tak ori) berharga RM20.kalau dalam Vdn ,harag beg deuter tu berharga 110k dong.Jadi kalau convert jadi Rm22.Tak ke mahal rm2.Aku yang sengal ni tak bawak pulak duit Rm,sudahnya bayar la guna dong.1st time aku datang saigon,dorang lebih prefer duit usd dari malaysia.Itu pasal aku tukar semua duit ke dong dan usd.Padah aku yang tanggung..huuuh..Tapi kene tukar jugak duit dong untuk teksi, makan ,hotel manakala usd untuk tour macam ke sungai mekong dan chuchi tunnel.

#beg tak ori,
tapi aku puas hati...hahah

3.Pengangkutan


Jika hotel yang korang menginap berdekatan dengan pasar benh than,ada dua option samada menaiki pengangkutan awam iaitu bas atau teksi.Untuk yang ingin menaiki bas ,kalau tak silap aku no bas adalah 152 or 192.Harga seorang dalam lingkungan 5000dong.Info ni aku tak berapa sure tapi bas betul-betul di depan pintu keluar arrival airport.Jadi boleh bertanya di receptionist yang berada di kawasan terbabit.Untuk info lebih lanjut boleh ketik kat website ni http://hochiminhcityhighlights.com/take-bus-to-ho-chi-minh-airport.
Manakala bagi yang ingin memudahkan perjalanan.boleh menaiki teksi.Harga bagi sebuah teksi samada sedan atau mvp adalah 150k dong.Even kalau ambik untuk airport transfer untuk flight pagi pun harga masih lagi sama.Boleh mintak receiptionist call teksi untuk airport transfer.

4.Kulineri


Siapa peminat tegar kopi,korang wajib cuba kopi vietnam.Rasa memang lain dari yang lain.Boleh jugak dijadikan sebagai souvenir.Kalau beli paket kopi dekat kedai makan,harga  jatuh dalam Rm15 sepeket.Kalau beli kat akak atau abang motor,sepeket dalam Rm10.So,rasa patut beli dengan sapa?heheeh..Korang juga boleh beli kopi yang siap diabncuh dengan akak motor.Satu cawan rm3=1usd.Lagi mahal kalau bayar usd kan...

#sumber google.Inila rupe Ban mi

Kebab vietnam atau nama vietnam Ban mi antara makanan femes jugaklah di HCM.Rasa memang macam sandiwh biasa,tapi bezanya roti dia rangup diluar,lembut didalam.haaaa .Ada filling sosej,sosej+telur,Sosej+ayam,Ayam,Telur sahaja..Harga untuk Ban mi dalam lingkungan Rm4 - Rm6,tapi kalau bayar dalam dong ,harga jadi markup smpai rm2.pffsstt. Harga juga bergantung kepada filling yang ko mintak.Adik aku try filling sosej+telur,dia cakap rase tak bole telan,hanyir kot.Aku pilih sosej+ayam ,rase okla,taklah rasa nak muntah.hahaha...

#akak ni kata pagi dia jual dekat pasar benh than.Bole carik akak ni kat situ.Memalam niaga kat area nguyen ahn  street

1st time aku makan pho daging memang rasa dia menusuk dikalbu.So,aku ckp kalau aku pegi lagi HCM,memamg benda wajib aku try adalah Pho daging.Aku try kat 2 tempat,satu kat kedai halal amin.Harga semangkung Pho adalah 80k dong manakala kat hjh Basiroh dalam 75k dong.Tapi rasa Pho daging tu tak sama dengan yang aku ingat dulu.Aku taktau nama kedai tu ape sebab time tu aku datang ke HCM 2012.Yang aku tau kedai tu Chef Wan penah datang makan.Kedai tu jugak ada menu Tomyam Ikan.Memang tempat lain tak buat.Memang mabeles rasa tomyam ikan tu...Mungkin kalau ada rezeki lagi berjodoh ke Hcm,aku akan cari kedai tu..hahaaha.

#pho daging


Antara makanan femes di saigon adalah Popia vietnam.Rasa dia menyengat sebab ada daun selasih.Sapa yang tak berapa suka daun selasih,memang tak boleh masuk kot.tapi aku hentam je.Aku try kat halal amin ,harga sepinggan dalam 80k dong,manakala di kedai hj mansor 75k dong sahaja.Tapi kat hj mansor lebih okla sebab ada udang.Di halal amin,aku tak nampak pulak udang.Kot-kotla mata aku dikaburi dari nampak udang itu..ermm...

#popia vietnam dan pho daging di halal amin.


Orang vietnam cakap ini murtabak..Tapi kalau kita orang malaysia ini bukan murtabak la.Kompem kan..hahah..Dari segi luaran,kulit serupa karipap berintikan inti popia,then digoreng.jadilah murtabak vietnam..Rasa pastilah karipap+popia..haha.Harga 4000dong sepolistren..Boleh didapati jalan nguyen ahn.Makanan ni hanya dijual waktu pagi sahaja dan memang laku keras.hehehe

#murtabak vietnam

Di kedai makanan halal juga ada menyediakan menu nasi goreng,roti canai,mee goreng dan seangkatan dengannya.
#nasi goreng kampung 80k dong di kedai hjh basiroh
Korang patut cuba smooties buah kat kedai hj mansor.Cume kedai ni saja ada smooties ni.Rasa memang terbaik.Macam jus buah kat Indon.Pior gile rasa,paling best smooties mangga.Thumbs up aku bagi..****

#smooties strawberry

#smooties mangga

5.Tour

Semasa kami berada di HCM,aku menggunakan khidmat guide Hj Halim.Sekepala dia caj 70usd.Harga ni termasuk dengan makan tengahari,sg mekong,chuchi tunnel,transport dan entrance fee utk sightseeing yang lain.Bagi aku agak mahal jugak tapi disebabkan ramai ytang tak larat nak berjalan,aku tak kesah la harga tu.Janji semua happy.hehe..Tempat makan yang Hj halim bawak memang sume sedap-sedap.Transport pulak kami dapat bas 29seater.memang selesa.


6.Shopping


Kalau nak shopping,aku rasa area nguyen anh street tu pon lagi murah berbanding dengan tempat kilang-kilang kain.Harga markup lebih je aku rasa walaupun patutnya kalau kilang harga lebih murah.kannn..Beli telekung pon lagi ok.Harga murah jugak dalam rm28-rm40.cantik je terletak kat muka.Kain ela pulak kami cari kat depan hotel satu rm28..Semua guna je duit RM,lagi jimat..

Jika berminat nak meronda sambil shopping di pasar malam,aku suggest korang kene hati kering utk menolak peniaga kat situ.Sekali korang tanya harga,dia akan terus ingat korang akan beli barang dorang.Peniaga kat sana memang aggressive. Macam kes akak aku kena.Saja tanya harga kopi berapa,siap suruh bau.Yang tu ok lagi.Harga kopi kisar 100grm =160k dong.Mahal kot.Kami ini memang tak mau dah.Tapi dia suruh jugak bagi harga bape kami nak.Bile kami bagi harga,dia paksa suruh beli kopi lain.Mestila takmau.Tapi bila kami nak bla,dia paksa suruh beli jugak dengan alasan first customer kene beli sebab nanti dorang takde luck.Cam gitu pulak kekdahnya..hampeh.Aku ni siap tarik tangan akak aku lagi.Kira dah macam adegan tarik tali ko tau.Sudahnya kami terus lari je.peniaga tu marah-marah.Lantakla...pfssssttt...

Total belanja:
Tiket termasuk makan 2x dan share baggage 20kg,return 40kg =rm245 seorang
tour =70usd*4.45=311.50
teksi =35k dong seorang
souvenir = rm90
makan =rm50
hotel 3mlm=42usd*4.45=186.90

JUMLAH =RM890.40