Tuesday 22 May 2018

Cuci-cuci mata di Bandar Seoul (part 2)/i Seoul u

entry sebelumnya part 4

Day 5: 22hb mac 2018
Hiking Namsan tower & Namsangol hanok village..

Masa berlalu dengan pantas.Pejam celik -pejam celik,dah last day aku berada di seoul.Menandakan cuti aku kian berakhir..adehhh...

Plan hari ni,aku nak enjoy view seoul.So,aku decide nak hiking ke namsan tower.Tapi sebelum tu ,aku nak cari poskad dan juga pejabat pos.Menurut kawan aku,tourist center kat myeongdong ada menjual poskad dan juga setem.Siap bole pos sekali.Haa,jimat masa aku.

Sekali sampai di tourist center,aku terus memilih poskad yg cun melecun untuk diberi kepada kawan kesayangan.Tapi malang untuk aku,setem sold out.Terpaksa aku menapak mencari post office terdekat.

#gigih mintak akak tu tuliskan ANNYEONGHASEYO

#semua sampai dengan selamat.aku punye paling lambat sekali..

Settle poskad,kita terus menuju ke destinasi, Namsan tower.Kalau korang takmau hiking,bole naik cable car untuk ke puncak.Harga dalam 10000won tak silap aku.Jarak perjalanan ke namsan tower lebih kurang 1.2 km je..Apalah sangat 1.2km tu berbanding dengan 3.8km yang aku dah terjah tempoh hari..Sikit naw kilometer tu.Belagak tak.hahahaah

#petunjuk arah

#breakfast dengan mamee..

Hari ni aku rasa cuaca dah semakin panas.Mungkin sebab nak masuk musim bunga.Winter coat aku ikat kat pinggang.Dah tak fikir style cun ke tak,yang penting aku selesa berjalan.Selama aku hiking ni,view dia memang cair weh..Masa ni baru kau terasa lonely.Macam nak hired boipren sehari je.hahaha.Nasib duit dah takda..Kalau tak...heheheeh.Meh  layan permandangan yang boleh buat hati korang cair...





#OOTD.kehkehkeh

#wooooooo..

#sikit lagi nak sampai..

#gazebo

#ditemani oleh pakwe; PARK BO GUM..auww

#mercu tanda,SEOUL TOWER

#harap cinta berkekalan hingga ke Jannah.Aminn..




#view of seoul city

#balik jom..

Next destination,Namsangol hanok village.Nak pergi ke namsangol hanok village cume perlu berjalan je dari namsan park.Dekat je pon.View pon memang boleh buat cair,lagi lagi single lady cam aku ni.Cepat touching.ahahaha..Masuk adalah percuma.

#ni kalau musim bunga dan luruh,confirm cantik.



#laju je pakwe ni tinggalkan aku jalan sorang-sorang.

#namsangol hanok village




#main entrance

#stokin kiut seperti aku..

#bilik tidur

#architecture 101

#laman rumah

#dapur




Agak lama aku melepak kat namsangol.Asyik sangat ber selfie..Tengok jam dah pukul 2.Aku pon tak solat lagi.Jadi,aku segerakan plan aku ke Lotte mart untuk clear list order.Dari namsangol hanok village,ambil subway ke seoul station.Lotte mart terletak di seoul station.Time ni aku dah tak terfikir cane aku nak mengangkut bende-bende ni semua ke busan.Memang kene sort balik beg aku.adoii.

Masa pulak memang tidak mengizinkan aku ke namdaemun untuk jelajah korean food.Sepatutnya aku berhasrat untuk mencuba Galchi jorim.Tapi nak buat macm mana,masa mencemburui aku.kalau nak diikutkan ,aku boleh je pergi malam,Tapi fikir nak gerak ke busan awal pagi,aku terpaksa batalkan niat aku.Kena tidur awal takut terlajak pulak.Lagipun nak sorting beg,satu hal..

#Galchi jorim.Sumber ikhsan dr gugel.
mengidam tak dapat makan.wuuu


bersambung....


No comments:

Post a Comment