Thursday, 31 May 2018

Igidae park coastal walk course & Beomeosa temple

entry sebelumnya

Day 8 : 26hb mac 2018
Hidden gems in Busan.

Rata-rata ramai yang hanya pergi ke Oryukdo Skywalk saja.Jadi aku fikir,apa kata buat kelainan dari yang lain.Masa aku buat itinerary,aku berhasrat nak berjalan di igidae park menuju ke Oryukdo Skywalk.Bagi aku,inilah cara aku nak menghayati keindahan alam.Lagipun nak puaskan hati .Yela,bila lagi aku nak repeat korea kan??..Alang-alang beli tiket mahal,baik aku mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya.Ingat bila amik banyak hiking course,berat bolehla turun.Balik rumah timbang sama jugak berat aku.pssffftttt..

Banyak jugakla aku baca blog dan buat research mengenai coastal walk ni.Selamat ke tak kalau solo,direction,dan sebagainya.Perjalanan dari igidae park ke oryukdo mengambil masa lebih kurang 2 jam,sejauh 4.8km.Pada pengalaman aku,tempat ni selamat nak jalan solo,even perempuan.Tahap kesusahan tu bergantung pada stamina masing-masing.Tapi so far ok.Cuma ada yang part kena naik 200 anak tangga.Yang tu semput mak.Lain-lain ,santai...

Ada 2 cara nak ke igidae park :

>A LONGER WALK

1.Ambil subway ke namcheon .Keluar di Exit 3.

2.Guna navigator (mapsme).Taip DONGSAENGMAL,nanti akan keluar direction ke situ.Ambil masa lebih kurang 35minit berjalan.

OR

>A SHORTER WALK

1.Ambil subway ke kyungsung station.Keluar di exit 5.

2.Jalan terus sehingga melepasi paris baguette.Bustop ke igidae berhampiran situ.

3.ambil mana -mana bas kecuali no 10 dan 155.

*yang cara ke-2,aku tak berapa pasti.Korang boleh check kat apps korean transit guide(seperti yg aku bagitau di entry sebelumnya).

Aku memilih cara pertama iaitu dari namcheon subway.Bagi aku lagi mudah dan taklah jauh sangat pon.Sebab ko dapat view cantik sepanjang jalan..Tak terkesan oke.





#ahjusi pancing..


Igidae park coastal walk ni sangat femes dengan local hikers dan juga kaki pancing.Lokasi yang berada di tepi laut membuatkan tempat ini sebagai syurga ikan bagi kaki pancing.Dari sekecil-kecil ikan sampai sebesar-besar ikan ,semua ada di sini tak kira musim.Jadi tak payah sibuk nak beli ikan ke hape.Tangkap je kat laut.Jimatkan.


#igidae park

#lets begin..

Kalaulah kat malaysia ada tempat trekking yang view laut(mcm ni),confirm hari-hari aku datang.Sape yang jiwa tengah kacau,sesuai naw datang sini.Sejuk terus hati bila tengok view cun.

#Dongsaengmal


#coastal walk

#suspension bridge




#ada tempat massage.


#view Gwanan bridge



#you ❤️i ???km


#lokasi shooting film heundae



#pakcik pancing lagi..

#another ahjusi




#menurut dari penceritaan mr k,hampir beratus tahum batu tu bertenggek antara satu sama lain.wallahua'lam...

#200 anak tangga..


Separuh perjalanan aku ditegur oleh sorang ahjussi.Dia ingat aku sesat kot.So dia cakap "Follow".Aku nak sedapkan hati dia,aku pon follow la.Ahjussi ni pandai speaking.Sebab dia selalu kena transfer kerja kat oberse.Maka bestla nak berbual.Bila dia tau aku dari Malaysia,terus dia cakap"Orang malaysia cantik-cantik,macam aku la.yeppo."Aku???Aii kembang hidung oiii.Lagi kembang bila dia cakap umur aku 20thn.Aku  bagitau umur sebenar ,dia macam yeke??You nampak muda tau..Makin berbakul-bakul la kembang bunga aku tu.hahahah.Meh aku share tips kekal muda..Kena hepi always .Tu je.hikhikhik

#the mystery guy,Mr k..

Ahjussi aka mr K  inilah yang bagitau kat aku pasal syurga ikan tadi.Siap tunjuk lagi ikan yang dia tangkap.Banggalah tu..Dia tanya,aku pernah memancing tak??aku cakap tak penah langsung.Tapi kalau diberi peluang,aku nak try jugak.Dia kata,next time kalau aku datang busan lagi,nak ajak aku pergi ikut dia memancing.Naik boat.Dia cakap ada spot lagi baik dari sini.Sambil tu makan sashimi atas boat.Siap bagi name card incase kalau aku dtg busan,boleh call dia.Dengar macam best je kan.Tapi nak datang sini lagi aku taktau bile.Maka,aku iye kan jela.heeehhee..Sepatutnya,mr K nak belanja aku makan..Tapi sebab masing-masing ada hal dan aku pulak nak meneruskan perjalanan ke oryukdo,maka belanja cancel..ermmm...

#aku bajet hege apartment mesti berjota-jota.

#oryukdo



#oryukdo skywalk




#kedai jual seafood segar


Masa pon panjang lagi,jadi aku meneruskan langkah aku ke destinasi seterusnya,Beomeosa temple. 

Direction to Beomeosa temple:

1.Dari Oryukdo skywalk,ambil bus  no 24 , 27 or 131 ke Kyungsung universtiy international bustop.

2.Then,ambil subway kyungsung station (line 1) ke beomeosa station (line 3).

3. exit 5 or 7.

4.Keluar dari station,korang akan nampak signboard beomeosa temple di hujung simpang.Kalau dari exit 5,belok kiri.Korang akan melalui jalan berbukit.Lebih kurang 300 meter,korang akan nampak bustop Samsin.

5.Dari samsin bustop,Ambil bas no 90 ke beomeosa ticket office,iaitu last stop bagi route bas no 90.

6.Masuk adalah percuma.Tambang 1500 won sehala.



#bustop samsin

#bas no 90.

#bustop di beomeosa temple




Beomeosa temple merupakan kuil yang dibina semasa pemerintahaan Maharaja Munmu,iaitu pada zaman dinasti Silla.Beomeosa dibina berdekatan dengam gunung Geumjeongsan,iaitu gunung yang terkenal di Busan.Disebabkan lokasi dan juga sejarah Beomeosa,maka beomeosa menjadi antara 3 kuil yang terkenal di Yeongnam dan beomeosa  wajib masuk dalam list Busan korang.

Kebanyakan bangunan di beomeosa rosak semasa Perang Imjin,iaitu pada zaman dinasti Joseon tapi telah dibaiki pada 1613 dan digunapakai sehingga hari ini.Jika korang pencinta sejarah ,boleh cuba hiking di beomeosa .Secara tak langsung boleh merasai sejarah itu sendiri.

Route bagi hiking course:

Beomeosa temple parking lot -Godangbong peak-Bukmun (north )Gate-Jeongsuam hermitage -Sanseong village

Kebanyakan hikers memang ahjussi dan ahjuma jela.Aku tak nampak orang muda hiking.Maybe kerja la kot.Perjalanan mengambil masa 3jam dan jauh 9km. kalau diberi masa pon aku nak cuba jugak hiking kat sini.Feeling zaman Joseon.lagi feel kalau pakai hanbok.Hahaaa.Kerja gila hiking pakai hanbok.Mawu tersadung kekdahnya.





#Beomeosa Iljumun
Gate pertama ke beomeosa dan dikenali sebagai 'One Pillar gate' iaitu simbol jalan kebenaran.


#Beomeosa three story stone pagoda dibina sekitar tahun 826-836 pada dinasti Silla.

#Beomeosa Daeungjeong atau dewan utama

#view mt geumjeongsan


Agak-agak dah puas jelajah,aku decide nak balik hostel je.Ingat nak ronda seround lagi di jagalchi market dan Biff square,tapi bila fikir nak sorting barang,terus aku batalkan plan aku.Sebab esok aku plan nk checkout pagi even flight aku lusa.Then keep bag aku kat store.

Sampai je hostel,terus aku landing atas katil.Ntah macam mana,aku tergerak hati nak search pasal overnight kat Airport..Sekali aku baca,terus gabra tak kata ape weh.Baru aku tawu Airport kat busan ni tak bagi orang stay.Ade tu yang aku baca,satu famili kene halau dengan staf airport dan dorang terpaksa book hotel one night.Seriau aku baca weh.Aku pulak book 3 malam je.Aishh tak jadi ni.Nasib baik aku balik awal jugak ke hostel,kalau tak naya aku.Aku terus ke lobi dan call staf mintak extend hari.Nasib baik aku ada balance won lagi.Alhamdulillah,Allah permudahkan urusan aku.Aku diberi extend semalam lagi untuk stay di bilik yang sama.So,aku kena tambah lagi 12000 won saja.Staf cakap "Boleh masukkan duit dalam main locker ".Lega tak terkata weh..Nasib baik bukan peak season.fuuhhh..

Malam tu aku paksakan jugak untuk habiskan balance stok makanan aku.Dinner malam ni will be Briyani kambing dan juga milo panas.Eh,ada dessert jugak,Blueberry macaroon icecream..Sedap wooo..Ni tulis pon siap nk meleleh liur.Masa aku melantak dinner,ada 2org pompan jepun dan sorang gagak hitam,Taktaula dia kencing ape kat pompan jepun tu.Last,dia mintak aku tolong amikkan gambar dgn pompan jepun tu.Tengah aku ambil gambar,pompan jepun tu cakap aku kawaii..Eh??Nak senyum ke taak.hikhikhik..Jadi aku nak conclude ,baru aku tau selama ni aku comey eh..hahahaa..
.
#dinner sambil tgk kdrama without sub.

#tidak dilupakan,Blueberry macaroon.leleh aku tgk..

bersambung...

No comments:

Post a Comment