Wednesday 23 May 2018

Jejak Santorini Korea aka Gamcheon culture village & Hiking Taejongdae



entry sebelumnya part 5

Day 6 : 24hb mac 2018 /Bus to Busan

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Seoul.Tiba masanya aku bergerak ke Busan.Jam menunjukkan pukul 5.Lamunan aku terhenti disebabkan bunyi roomate aku keluar masuk.Ermm,Baru balik dari clubbing.Enjoy sakan.Why border.ahahaa..

Aku segera menyiapkan diri.Plan aku gerak awal pagi ni pasal aku tak beli tiket lagi oii..Risau tiket awal dah abes kena sapu.Kalau korang rasa tak mau ambil risiko macam aku,boleh beli online atau beli hari sebelum berangkat.Tapi jangan risau,tiket sentiasa ada,cume masa je aku tak jamin.Untuk info jadual perjalanan,korang bole ketik link sini harga tiket dan jadual perjalanan. Kalau rasa susah,boleh jugak ambl train ktx ke Busan.Jimat masa,tapi mahal.

Lepas subuh,aku terus berangkat.Tapi sebelum itu,jangan lupa ambil deposit.Rugi weh kalau lupa.10000 won tu.Untuk ke Busan,korang kene ke Seoul Express terminal (gyeongbu/yeongdong line)

direction:itaewon (line 6) - yaksu (line 3) -seoul express terminal.
fare :1250 won

Dalam bangunan subway seoul express terminal ade jugak kaunter tiket bas,tapi bukan tiket ke busan.Jadi sampai je seoul express station,korang kene keluar dari bangunan tu.Terminal bas Seoul express ke Busan betul -betul berhadapan dengan bangunan tadi.Jangan keliru,okey..Sorry,takdak gambar pulak nak refer.

#tiket

#feveret.sodap aihh

#layan katun tanpa sub.Hebat.

#corndog yang membuatkan aku terliur.

#yeah sampai..

#beg aku tersangkut kat palang tu.harrey..

Aku memilih Busan sukbak guesthouse dotcom sebagai penginapan aku selama aku berada di Busan.Kondisi hostel sangat memuaskan.Berpatutan dengan harga yabg ditawarkan.Siap sediakan sarapan lagi.Cuma takda stove je.Kalau nak masak,guna microwave je.Sampai di busan station ,ambil exit 7 or 5.Dah tak susah nak melintas jalan.Then ,guna mapsme sebagai nagvigator korang.Confirm jumpe..

Tibanya aku di lobi hostel,takda sorang pon staf di receiption desk.Blur weh,yela nk check in camne.Dahla aku mengangkut beg gabak ni.Penat pon satu hal ..Kehulur - kehilir aku carik staf nk check in.Nasib baik ade sorang (aku assume dia pon stay kat situ) tegur dan bagitau cara nak self check in.Dia kata "pergi je kat main locker yang ada tulis nama kau.Buka guna pasword yang hostel dah inform kat kau.Dalam loker tu ada kunci.Esok,baru buat pembayaran"..Fuh lega...

#pasword dan kunci.
Disarankan letak kunci dlm mai locker  sblm keluar.xDikhuwatiri hilang.


Waktu aku masuk dalam bilik,takda sesiapa pon dalam bilik.Eh??Macam best je takda orang.Bagaikan duduk di private room,walhal bayar harga dorm je.By the way,aku stay 4 bed female dorm.Total yang aku bayar untuk 3 malam ialah 48000won.Agak mahal berbanding dengan hostel di seoul.Tapi okla,semalam cuma 16000won iaitu bersamaan dengan rm59.Not bad..

Keriangan aku tiba-tiba terhenti.La,rupanya aku ada roomate la.Sorang je pon.Kecoh lebih aku ni.hikhikhik..Roomate aku kali ni dari Ukrain.Excited jugakla,ada roomate boleh berbual.Dah 6 hari  aku tak berbual.Poyo eh??hahah.Aku cuba beramah mesra dengan roomate,tapi harom dia tak bole speaking.Terpaksalah kami menggunakan gugel translate.Gugel tranlate ni pon satu hal.Orang ni cakap lain dia pergi translate lain.Ada ke sampai perkataan "ANJING" keluar..Oioioi..Main kasar gugel ni.Tapi aku tau,itu bukanlah yang dimaksudkan oleh roomate aku.Last,kami berbual guna bahasa isyarat je.Bolehlah,asal maksud sampai.

Hari ni aku cadang nak rehat sepuas-puasnya dalam bilik.Nak charge energy untuk aktiviti esok..

#bilik private aku.



Day 7 : 25hb mac 2018
Gamcheon culture village & taejongdae

Tempat baru,mood pon kena setting baru.Lepas breakfast,aku terus membuat pembayaran dekat staf.Rupanya,staf cuma ada di recieption desk sampai pukul 10 am saja.Kalau ada sebarang pertanyaan ,boleh call dengan telefon yang disediakan.

Destinasi pertama yang aku tuju adalah Gamcheon Culture village ataupun dikenali
sebagai Santorini Korea.

Direction ke Gamcheon culture village:

1.Dari busan station (line 1)-taesong (line 6)

2.Exit 6

3.Keluar je dari subway exit 6,korang akan nampak intersection dihadapan.Belok kanan dan jalan terus.

4.Korang akan nampak Busan National University hospital cencer center.Bustop ke gamcheon berada berdekatan dengan hospital.

5.Ambil bas bernombor 1-1 or 2 or 2-1.Boleh swap t money atau bayar cash 1100won sehala.

#direction

#pakcik ni sakit-sakit pon boleh hisap rokok lagi.aihh

#new fare for gamcheon culture village

Sampai di gamcheon,aku terus ke touris information untuk membeli maps.harga 2000 won saja.Actually,korang tak beli map pon takpe sebab korang takkan sesat punya.Just follow the fish..Ikan tu sebagai petunjuk arah.Tapi macam kes aku,aku beli sebab aku nak lengkapkan misi stamp .Macam main cari harta karun.Best wooo...Agak mencabar jugak nak cari tempat stamp tu.Lagi-lagi yang second last place.Aku terpaksa patah balik sebab nak cari tempat tu.Jauh gile.Tapi sebab jiwa kental,aku berjaya jugak melengkapkan misi aku.Ada beberapa tempat stamp yang akan beri poskad percuma.Kira macam reward la.Banyak gila dia bgi poskad .Untung mak.


#let the games begin

#shops

#welcome to santorini..

#people and birds.

#swimming fish through the alley


#anak panah berbentuk ikan..


#gamcheon 2-dong Oknyeobong Sanbita(mountain slope)

#OOTD.poyoeh




#the shy cat..

#nostalgia;expresses the past,present and future

#our town,gamcheon

#abg long padil

#the alley

#mission complish..
Setelah hampir 2jam aku berada di gamcheon,aku decide nak singgah sekejap di BIFF square.Saje jjcm sebelum ke Taejongdae.

Direction ke BIFF square:

1.ambil bas 1-1 or 2 or 2-1 ke hospital busan cancer center.

2.ambil subway ,toseong station ke jagalchi market.Exit 7

3.fare:1300won(tak silap aku)



#kebab nyummeh..4000 won.Sos pedas gile ah..

#egg bun..murah dari seoul.

#the famous hotteok ,only 1300won.

Tanpa membuang masa,aku meneruskan misi aku ke Taejongdae.Misi hiking..ohohoo..Trip kali ni aku plan memang banyak hiking.Bagi aku ini adalah salah satu cara untuk aku menghayati permandangan sekaligus feels like a local.Bila kau hiking,kau akan di sapa oleh ahjusi dan ahjuma.Lagi syok bila kena puji..Makin kembang hati la kita ni..hahaha..Penat toksah cerita.Yang penting happy..ye tak?Kalau malas dan takda masa,boleh ambil danubi train untuk ke lighthouse.Harga untuk return 3000won bagi dewasa,dan 1500won bagi kanak-kanak.

Direction to Taejongdae:

1.Dari jagalchi station(exit 7)-nampo station (exit 6).

2.Pergi ke Yeongdaegyo Bridge stop.Ambil bus 8,30,113 ke Taejongdae.

ATAU..

1.Dari busan station,ambil bas 88 or 101 ke taejongdae park

Harga tambang adalah 1300won sehala dan masuk ke taejongdae adalah percuma.Aku sangat recommend korang pergi tempat ni.View dia memang cun.Aku pergi ni awal musim bunga,tapi view pon dah tangkap leleh.Agak kalau tengah musim bunga lebat or autumn,lagi cun melecun view dia.Rasa macam nak repeat je untuk spring and autumn.Tapi time tu bawak la encik somi teman.Jadi takla jeles ada kapel lalu sebelah.hahahah...


#view yang bikin hati cair sepanjang jalan.

#danubi train..


#ahjusi  bole,aku pon bole jugak...


#Yeongdo lighthouse


#steepest steps

#gerai

#oppa garu ape tu???

#view of ocean from clift

#menung jauh akak ni..

Sinseon Rock,Mangbu Rock



#South port view point

#Lighthouse peeble yard

#bye..

Masa aku tiba di busan station,ada tragedi berlaku depan mata aku.Seriau weh.Aku perasan belakang aku ada ahjusi,dia pon aku syak nak melintas jugak kot.Masa aku dah selamat ke seberang jalan,tiba-tiba orang ramai kecoh..Eh,nape ?Rupanya ahjusi tadi tak sempat melintas,kena langgar dengan bas.uiii..Time tu memang kecoh gila.Aku kan taktau nk kata apa.Nasib la bende tu tak terjadi kat aku. Yela,ahjusi tu betol-betol kot belakang aku.Agak,kalau aku yang lintas jalan waktu tu,aku yang kene sambar dgn bus.Nauzubillah.Tapi perasaan lega tu ada.Alhamdulilah..Sampai hostel terus buat sujud syukur..

#membawang kejap..


bersambung....

No comments:

Post a Comment