Saturday, 19 May 2018

Misi solo 10 hari ke bumi Korea aka MODERN JOSEON....

Assalamualaikum....

Untuk sekian lamanya blog ini aku biarkan bersarang,baru sekarang timbul rasa rajin untuk menguplod entry baru🤭🤭.Last march ,aku diberi peluang untuk travel secara solo di bumi korea.Sebenarnya,kora bukan masuk dalam wishlist aku,tapi disebabkan ini adalah 1st time aku travel solo dan juga korea negara yang safety jd memilih korea sebagai destinasi solo aku yg pertama.Kira macam experiment la.ohhooh.. Waktu aku beli tiket flight,aku tak bagitau kat family nk travel solo..Confirm oii dorang takkan bagi aku buat trip ni..Maka,lagi 2 bulan nak travel,baru aku bagitau.Itupun masih menipu kata aku pegi berdua..Nasib baik aku selamat kat sana😅...


Day 1:19hb mac 2018/SEOUL
KALGUKSU ALLEY &SHOPPING TIME..

Setibanya aku di Incheon airport,aku diberitahu suhu di korea mencecah 3°C.demmit.Aku dahla cume bawak autumn kot je.Confirm mak kejung 10hari kat sini.
Benda pertama yang aku nk cari adalah simkad..Rata-rata travelers kata tak payah beli simkad pasal di korea ni wifi merata..Dalam subway pon ade wifi..Tapi disebabkan aku solo,aku takmaulah bergantung harap pada free wifi,maka aku berhasrat untuk beli simkad sebagai penyelamat aku.Pada awalnye,aku nak beli je EG simkad sebab murah .Secara tak langsung aku boleh berjimat.Satu-satunya tempat yang boleh pickup eg simkad ini di Tourist information center di airport.Plan paling murah; 1gb with 10k won call adalah 15000 won saja.Okla kan..Lagipun ada free wifi,jadi 1gb dah memadai untuk tgk maps.Tapi malangnye,aku diberitahu tourist center dah tak jual lagi eg simkad.Cume yang dah buat pembayaran secara online saja akan menerima eg simkad di tourist information.Dengan perasaan hampa,aku pergi balik ke departure area.Kat situ ade macam-macam simkad.Korang pilih mana yg berkenan di hati.Tanpa buang masa,aku pilih KT simkad unlimited data untuk 10 hari.Harga yang aku perlu bayar adalah 38500 won.Nasib baik masih lagi dalam bajet😅.Agak lama jugaklah aku menetap kt airport tu,adalah sampai pukul 12pm,semata-mata nak settle simkad punye hal.aihhh.Perasaan awal lepas beli sim,agak menyesal pasal nape aku degil takamau beli online je waktu kat malaysia.Tapi ,makin lama aku duduk kat korea,baru aku rasa lega sebab beli unlimited data.Berbaloi la dengan harga yang dibayar.Ermmm.


Lepas settle urusan,aku segera ke hostel yang aku book melalui hostelworld.Aku memilih Itaewon inn sebagai hostel aku sepanjang aku berada di seoul.Quite cheap la dorm 4 person 52000 won untuk 5 hari.semalam cuma 10400 won je..Ok kan.Kondisi hostel bagi aku yang asal dapat katil tidur,memang selesa.Lagi-lagi selama 5 hari tu,aku duduk sorang je dalam bilik.Rasa vvip sangat.Last day nak check out,baru datang sekawan dari Gyeonggi-do masuk menetap kat bilik tu.Itu pun jumpe sekejap.Lepas tu terkocoh-kocoh minah korea tu kuar bilik sbb nak clubbing.haaaaa.Macam biasa,kene letak 10000 won sebagai deposit.Untuk direction ke itaewon inn ,gugel je www.itaewoninn.com.Kat situ ade video nk ke hostel.

#bilik mewah aku
Usai solat dan merapikan diri ,aku bergegas ke Namdaemun market untuk misi jelajah korean food hunter.Perut pon mintak diisi.Dari pagi tak makan oii..Lapar yakmat.Nak ke kalguksu alley,korang perlu line 4 ke heohyeon (exit5).Macam aku yang duduk di itaewon,kene transit line 6 ke line 4.Korang bole download app koreantransit app untuk mengetahui route subway dan bas beserta dengan harga.Amat berguna untuk bajet transport.


Sampai di heohyeon (exit5),korang betul-betul berada di namdaemun gate 5.Lokasi kalguksu alley ni agak tersorok.Memang mencabar jugak nak cari.Alang-alang dah beli internet mahal,kita gunalah.Berlagak gile.Awal tu aku gune google maps.Sekali haromm takle pakai..Jalan mana yang dia bawak,aku pun tak tau.Last,aku download juga maps.me.Aku ade sejarah  dgn maps.me waktu kt kyoto.Dia punye direction anak panah lambat gile.Boleh bawak bergaduh laki bini..Tapi,kat korea ni,aku tanamkan rasa percaya tu dekat maps.me.Harap boleh membantu aku ke arah yang benar.Amin
.
Setelah setengah jam berpusing-pusing ,aku jumpa jugak kalguksu alley.Alhamdulillah.rezeki.
Kat sini aku sertakan direction ke kalguksu alley.Dekat jekan sebenarnya..Merapu gugelmaps bawak aku sampai gate 2.

#keluar je dari subway exit 5,terus belok kanan.

#then,terus je.pastikan mata tengok belah kiri

#nampak tak pintu plastik???..itula lokasi kalguksu alley .tadaa
Kalau  nak rasa macam local dan cuba makanan korea,kalguksu alley boleh masuk dalam bucket list jjcm.Apa yang best dengan kalguksu alley ni.???Di kalguksu alley terkenal dgn hidangan kalguksu dan juga borimbap.Secara kasar ,aku tafsirkan  kalguksu ni mee berkuah pati ikan bilis dan seewed.Manakala borimbap ni nasi barli bersama sayur mayur.Dari tafsiran aku tu,nampak macam tak mengiurkan..Tapi hakikatnya,sedap kat tekak aku.

Sebab perut mintak makan nasi,jadi aku order borimbap.Tak sampai 5 minit,order aku dah sampai sekali dengan banchan.Tak lama tu,dia bagi pulak kalguksu.aikkk??Aku tak order,tapi apsal dia bagi.Dalam hati,Takpela,aku bayar jela.Jangan dia cekik aku sampai 20000 won sudah..Nak taknak,aku kene jugak licinkan makanan ni.Mahal kot kalau kene cekik 20000 won.Kalau...
#suasana dalam kalguksu alley

#ahjumma sibuk buat preparation..

#kimchi kubis n kimchi bayam..pedas gile

#small kitchen

#borimbap.nyumeh

#kalguksu

#bibim nangmyeon aka so hoon pedas.feveret aku

#berjaya menyelesaikan misi.Total 6000 won saje..terkejut masa bayo.nak kata murah la oii.hehe

#kedai baju..murah woo.jalan memang tutup mata je

Sebelum menutup tirai untuk hari pertama ni,aku meneruskan perjalanan ke myeongdong.Kali ni aku jalan kaki je dari namdaemun ke myeongdong.Adalah dalam 10 minit berjalan.1st time gune mapsme tak sesat.thump up bebe..Benda yg aku perlu buat adalah clearkan list order dan juga souvenir.Sebab aku malas dah nak fikir souvenir bila dah last day.So,souvenir settle..
#jalan ke myeongdong


#myeongdong
Sebelum balik hostel,aku bercadang nk ke cheonggyecheon stream untuk night view..Lampu cun woo.Memang feeling romantik.So,aku pun  berbekalkan kiri kanan beg shopping,gigih berjalan ke destinasi.Tapi aku pelik,apsal macam jauh bebenor aku berjalan.Mungkin pasal aku dah penat gile kot.Maka,setelah separuh aku berjalan aku decide nak stop je dan terus balik ke hostel.Penat bertambah pulak dengan bebanan kiri dan kanan,sejuk pulak tu.memang dah tak fikir romantik bagai.Time for rest...
#statue in seoul

#katil dah panggil mari..jom balik oii
bersambung....

No comments:

Post a Comment