Sunday 20 May 2018

Misi Hiking ulsanbawi route ,Seoraksan

entry sebelumnya part 2

Day 3 : 20hb mac 2018 /Sokcho,Gangwon do

Hari ni merupakan hari yang aku tunggu-tunggu iaitu hiking mt seorak.Aku bukanlah peminat tegar hiking,tapi dah alang-alang sampai sini,apa kata aku cuba hiking di negara orang.Waktu travel ke Jepun pon aku cuba hiking Mt Kinka.Time hiking tu ada geng.Sekarang ni kita hiking solo.Harap berjalan dengan lancar.Amin..



Perjalanan nak ke Sokcho mengambil masa lebih kurang 5 jam.Jadi,aku set masa untuk gerak  seawal yang mungkin.Plan sepatutnya aku nak pack bekal ,bolehla sambil tu makan kat atas puncak.Feeling view gunung.Tapi malangnya,kitchen dibuka seawal 8am.Rosak plan nk berfeeling picnic atas puncak.Demmit..

#subuh shapie aku gerak..semangat 
 Untuk ke Sokcho terminal,korang perlu mengambil bas di Dongseoul.Route yang aku ambil:

🚊itaewon (line6) - sindang (line 2).
#ambil line 2 ke gangbyeon station.
Fare 1350won(tmoney)..

Sampai je di gangbyeon station,korang kena keluar dari bangunan stesen ketapi itu.Bangunan terminal  bas Dongseoul betul -betul berhadapan dengan bangunan keretapi.Ikut je orang kalau tak berapa pasti.Tiba di kaunter tiket,aku request bas yang awal nak bertolak.Staf tu kata,paling awal baru je bertolak.Ada pun pukul 7.35am.Aku tanpa fikir panjang,terus je ambil yang pukul 7.35am.Tengok langit,gaya macam nak ribut pon ade.Harap takdela ribut yang melanda kat mt seorak.Ada nanges nanti tak dapat hiking..Tepat jam 7.35am,bas aku pon mula bergerak ke destinasi.Bila aku toleh sekeliling bas, cume ade 5org je penumpang,tapi bas still bergerak seperti dalam jadual.Bagus gile sistem.Aku harap suatu hari nanti Malaysia bolelah mempraktikkan sistem tepati masa tanpa menunggu bas penuh baru nak jalan..

#harga tiket 17300 won

#menunggu bas
Perjalanan selama 5jam telah pon berakhir.Tibalah aku di terminal bas Sokcho.Turun je bas,aku segera ke tourist information yang terlelak betul-betul di sebelah terminal untuk bertanya tentang direction ke mt seorak.Bas yang akan ke mt seorak 7 atau 7-1.Tapi kalau nak balik semula ke terminal ni,kene naik bus 7-1 saja.kalau tak,ke laut macam aku..Tu nanti aku stori.Nak ke bustop ,straight je dari tourist infomation tu.Korang akan nampak bumbung warna hijau seperti gambar di bawah.Tiket sehala 1100won.Kat sini,aku bayar cash sebab aku tak pasti samada kat sini terima t-"money ke tak..Pastikan sediakan syiling .

#No bas dan destinasi

#kagum kejap dengam bustop ni.Siap ada announce tentang waktu ketibaan bas

#bekal kalau lapar
Tiba di Mt seorak,salji turun seperti menyambut kedatangan aku.Special tak???ahaha.Nasib baik juga firasat aku benar.Cuma tak sangka salji masih lagi turun even end of march.Tak rugi beli winter coat semalam.Kalau tak parah aku.Yang ni pon dah pakai winter coat masih lagi parkinson.Gile sejuk.Suhu turun jadi 1°celsius.Waktu ni ko rasa rindu panas kat Malaysia.Kalau tak bergaduh ngadu panas selalu.Itula manusia,bila dah takde,baru diingat-ingat.haiihhh.

#tiket masuk 3500won

#dataran


#statue pagoda

#route yang aku nak ambil ULSANBAWI

#muka semangat nak hiking

#krik krik krik..
Seoraksan terbahagi kepada beberapa route.Antars yang femes iaitu;
🔸Gwongeumsong fortless course.
#Route ini antara yang paling mudah untuk sampai ke puncak.Hanya naik cable car untuk naik ke atas.Dalam 10 minit berjalana ,korang akan dihidangkang dengan permandangan landsap yang mengkagumkan.Tapi,naik cable car bukan free.Kena bayar dalam 10000 won untuk adult.

route:Songongwon ticket office-cable car -gwonggeumsong fortress.(1.5km /30minit,

🔸Ulsanbawi Rock hiking course
#Antars route yang femes dikalangan hikers kerana pemandangan gunung batu yang unik.Ketinggian dianggarkan 817meter dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam.Kalau stamina kelaut macam aku,ambil masa  5jam return.

route:Songongwon ticket office-Sinheungsa temple-heundeulbawi rock-ulsanbawi rock

🔸Daecheongbong peak
#Sesiapa yang ada masa,bole mencuba route daecheongbong.Route ini antara route yang paling jauh dan memakan masa lebih kurang 11jam 20 minit.Perjalanan ke Daecheongbong peak sejauh 16km.Memang tgk jauh pon kaki aku jadi longlai..hahaah

route:Songongwon ticket -biseondae -Cheonbuldong valley-Daecheongbong Peak-Seorak fall-Osakjujeongol (16km/11jam 20 minit).

Rata-rata blog yg aku baca dari blogger malaysia,semua cerita naik cable car je untuk sampai puncak.Oleh sebab nak kelainan,aku memilih Ulsanbawi sebagai route hiking aku.Bunyi macam hebat je ek.hahaha.Lagipun,stamina aku cukup sekatat hiking ke ulsanbawi je.Lebih dari tu aku rasa kaki aku memang tercabut terus.

#Jwabul seating buddha.
Lambang harapan penyatuan north dan south korea.Ketinggian 14.6 meter.

#the bridge

#Sinheungsa temple
Diawal perjalanan aku ke ulsanbawi,takda kelibat manusia pon berjalan.Aku sorang-sorang je weh dalam hutan tu.Dahla sunyi sepi.Dengan pokok sume takda rambut,makin seram rasenye jalan sorang-sorang.Harap takdela hantu zaman Silla main cak-cak ngan aku.Penangan banyak sangat tengok cite hantu,beginila kekdahnye..Tapi time takdak orang makin galak aku ber selfie.hahah..

#jalan yang sunyi lagi seram..


#Dimana -mana ade je batu bertingkat ni..

#Breathaking..

Sebelum tiba di heundeulbawi,Aku terserempak dengan ramai hikers ajuhsi...Gila la dorang ni,jalan lagi laju kot dari aku.Ada sorang ahjusi ni tegurla aku.Dia cakap korea kat aku,aku balas ckp melayu.Hambikla kau..Dua-dua tak paham.tapi sama-sama sengih.Yang pasti dia puji aku agashi yeppo(cantik)..Perasaan dipuji membuatkan aku bersemangat naik ke puncak.Hebatkan.Yang pasti dia dah berdesup jalan kedepan.Meninggalkan aku keseorangan di belakang.

#Heundeulbawi rock kt sebelah aku tu..

#tula ahjusi yang ckp aku yeppo..kembang hidung.

#Gyeojam temple.
Menurut info yang aku baca,kuil ini dibina pada zaman dinasti Silla.Deabak.

Bila baca blog yang penah daki ulsanbawi ni kata trail moderate and easy.Memang aku tak nafikan ,awal perjalanan easy.Tapi lepas Heundeulbawi,trail terus mencanak.Dengan salji turun renyai-renyai makin melambatkan proses perjalanan aku untuk sampai ke puncak.Sejukkkk....

#seram tapi menawan

#tangga batu bata.silap langkah bole tersadung..

#bermula tangga kejayaan

#stairways to the peak..

#baru sampai suku puncak.Ada lagi 800meter nk sampai puncak..



Setelah hampir 3jam aku bergelut dengan kesejukan,akhirnya aku tiba di puncak ulsanbawi.Perasaan lega ,hepi,penat,bangga semua ada.Bila tengok view,memang kagum dan takjub..Hilang rasa giveup.Lama jugak aku bertapa kat atas puncak tu.Selfie dengan tangan yang terketar-ketar.Nak mintak orang ambilkan gambar,memang harom takde orang.Sambil tu aku kuarkan bibimbap dan banana uyu yang aku beli kat konbini.Lunch sorang-sorang atas puncak dengan berlatarkan gunung.Tambah pulak salji yang turun ,memang pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.Kagum weh..Meh aku belanja sikit gambar view yang magnificent...





#epic scene..


                                           
Setelah aku menghabiskan lunch aku,aku segera berangkat pulang.Time ni aku baru terfikir penatnya nk turun pulak.Tapi kalau tak turun tepat pada masanya,ade yang kene stay kat sokcho .Nak tak nak,aku kene tiba di dataran pukul 4.Sakit kaki masih terasa.Skru-skru yang longgar dilutut segera aku ketatkan.Here we go..

#another step to finish my mission..
Dalam perjalanan pulang,aku mencari spot terbaik untuk aku solat.Agak mencabar jugak nak solat dalam hutan ni.Mencabar pasal nak ambil wudu' je.Air punyalah sejuk.Terasa macam ambil wudu' gune ice..Nasib baik tak kene frostbite..

Akhirnya,aku selamat tiba di dataran.Perasaan bangga dengan diri sendiri sebab dapt menamatkan misi ini dengan jayanya walaupun ada perasaan giveup ditengah perjalanan.Yang bangganya,aku berjaya solo hiking kot.Best betul.haaaa..Kaki pon mintak nak rehat,jadi aku lepak kejap kt Lotteria.Orderla sebijik shrimp burger.Lama jugak aku rasa aku ketatkan skru kat kaki aku ni.Tak perasaan masa dah pukul 5.45pm.Whatt???Abeslah nak oii..Nak pergi Abai village confirm tak sempat.Dengan ini,aku decide,takpelah.Mungkin bukan rezeki aku nak ke Abai Village.Ntah nanti next trip kot aku dtg bawak anak pulak pegi abai village..hachemm...

Nasib baiklah kat sini jenis bas datang awal.Tapi yang worst ,aku salah naik bas.Aku bijak pergi naik bas no 7.Awal tu aku ingat bas no 7 akan stop kat terminal sokcho,tapi tidak ye kawan-kawan.Route untuk bas ni lain sangat dgn 7-1.Ingatkan nombor dekat-dekat ,route pon lebih kurang.Tapi nasib baik driver tu perasan aku dan tanya balik aku nk kemana.Tu pun dah separuh jalan baru dia perasan.Aihhh.Lepas dia comfirm ngan aku nk g terminal sokcho,terus dia drop kan aku kt satu bustop.Aku turun dengan terpinga-pinga .Yela,tempat yang aku taktau langsung.Pastu nak naik bas ape pon aku taktau.Jadi aku decide nk tunggu jugak bas 7-1.Aku rasa ini jela bas yang akan ke terminal sokcho.Tapi untuk kepastian,aku akan tanya setiap bas yang lalu tu pegi ke tak ke terminal.Sekali bas no 1-1 dtg,aku terus tanya pegi tak terminal sokcho,driver pon angguk..Perasaan lega tak terucap.Terus naik bas sebab aku pon tengah kejar masa nak kejar bas ke seoul.Dahlah last bas ke Seoul pukul 7.40pm .Berdoalah semoga  aku selamat tiba sebelum pukul 7.

Sampai di terminal,berdesup aku lari aku ke kaunter untuk tiket ke Seoul.Alhamdulillah,masih lagi ade kekosongan untuk bas pukul 7.Tapi harga tiket murah pulak berbanding waktu pergi.Tiket bas aku dapat 13300won.So,aku expect seat 2-2..Sekali naik,sama kot cm waktu pergi,2-1.Cuma bezanya kali ni ramai gile penumpang.Memang lega gila dapat tiket.pfweehh....Tak lama menunggu,bas aku pon segera bertolak ke Seoul.Dapat je seat aku terus membuta.Sedar-sedar je dah sampai Seoul..
Alhamdulillah...


#Seoraksan,annyeong👋👋



bersambung.....


















Day 2 : namiseon island



ketik part 1 untuk entry sebelumnya....

Day 2 :19hb mac 2018 / Gangwon do

Aku memulakan langkah aku seawal 7 pagi.Destinasi pertama yang perlu aku tuju hari ni adalah  nami island.Tempat ni memang famous sejak cerita winter sonata release.Jadi memang wajib masuk bucket list .Perjalanan dari seoul ke nami island mengambil masa lebih kurang 2jam lebih.Aku memilih menggunakan subway sebagai transport aku ke sana.Bagi aku lebih mudah dan jimat.

#menunggu train dtg..

#stesen gyeongchun line



Disini aku sertakan route dan fare :
🚊itaewon (line6) -taerung (line 7)-sanbong (jungang line)-gapyeong station(gyeongchun line).
#untuk ke gyeongchun line,korang kene turun dari sanbong station.Jalan nak ke gyeongchun line ni bersambung dgn jungang line.Kalau tak pasti,bole ikut je orang ramai.Nanti korang akan
chuncheon..nampak sign ke gyeongchun line.Pastikan amik direction ke
💵 fare :2250 won(t money)

#map gyeongchun line

Sejurus sampai di gapyeong station,aku terus ke bustop untuk ke nami island.Malangnya,bus akan dtg pada pukul 10am.Cuaca pulak memang tak membantu.Sejuk tahap mengigil seluruh badan.Bayanglah ,waktu tu suhu dalam 3°celsius.Dengan aku yang cuma pakai autumn kot,memang terketar-ketar macam parkinson.Jadi aku decide nak lepak kejap kt cafe sementara tunggu bas sampai.Order secawan kopi ,feeling macam drama korea.Mana tahu tetibe ada pakwe korea datang tegur..ahaaaa...

#muke hepi sebelum tau kupon tak bole pakai..

#acah-acah winter sonata

#feeling dalam drama korea

#jadual gapyeong (pegi)

#jadual balik gapyeong bus
                                                       
#valid hingga mac 2018..tapi tak valid.Acaner tu???
Harga untuk gapyeong one day tour bus adalah 6000 won.Masa kat malaysia,kawan aku ada bagi diskaun kupon dari KTO aka Korea tourism organization  untuk gapyeong bus.So,harga yang perlu di bayar if guna kupon dalam 2500 won saja.Jimat banyak kan..Waktu ni aku hepi + bangga  pasal dapat jimat kt transport.Ermm.sekali waktu nk bayar kat konduktor bas ,kupon not valid..Kau rase????Haaaanaat sangat..
Bukan aku je yang mengalami,semua travelers dari malaysia menghadapi masalah macam aku.Rasenye pihak KTO malaysia tak inform kat Korea  ke kami yang salah tafsir .Wallahualam.Halal jela 6000 won aku tu..Tapi kisah salah tafsir tidak berakhir disini.Terjadi masa nak beli tiket feri ke nami island.Bila aku baca blog,harga feri ke nami cume 8000won saja.Tapi masa aku beli harga dah jadi 10000 won.Beza 2000won pon dikira banyak jugak.Aku siap tanya kat kaunter untuk kepastian harga.Ingat dia salah,tapi hakikatnya aku yang salah..10000 won melayang.Malas nak fikir bajet dah,,nanti jiwa kacau pulak.Mari kita enjoy je dgn trip ni...haihhh..

#nami here i come.

#harga tiket terkini 10000won



#saki baki salji yang tinggal.

#patung yang kiut

#nak jugak jadi kiut.haha









#menunggu feri untuk pulang

Lepas puas aku mencuci mata tambah badan aku pon mintak kene peluk sebab aku dah sejuk gila,maka aku decide nak makan di restoran asian cuisine.Masuk je restoran,lega sangat sebab ada heater.Aku pilih jjangmyeon sebagai menu lunch untuk hari ini.Sebenarnya banyak je menu yang menyelerakan,tapi aku nk pilih jugak jjangmyeong sebab terpengaruh tengok Yoo Jae Suk makan masa runningman.Nak tau sedap ke idak.uhhhh..Korang bole ketik kat sini ,namisun asian cuisine untuk survey harga dan menu.Ha..kat restoran ni jugak ada sediakan surau.Jadi,takde alasan la kalau pasang niat nak tinggal solat.Dosa weh.Ingat,solat tiang agama...

#foodporn 

#kimchi lobak putih yang mabeles..feveret

Sesudah makan,aku buat lagi satu pusingan sebelum aku berangkat pulang.Dah puas hati,aku pun ke tempat menunggu feri untuk ke destinasi seterusnya.

#bye nami



Turun je dari feri,aku bergegas ke bustop untuk ke Morning calm Arboretum.Aku saje skip petite france sebab orang kata macam overated dan tak berbaloi nak masuk.Sebab tu aku memilih morning calm ni dengan harapan adela bunga-bunga yang berkembang seperti kembangnya hati aku ni.ecehh..Tiket bas yang korang beli masa awal-awal naik jangan buang.Sebab tiket tu driver akan cek setiap kali korang naik bas.Make sure keep your ticket,okey.

Aku tiba di Morning calm dalam pukul 4.35pm.Keluar je dari bas,terasa angin sejuk menyambar badan aku.Menggigil seluruh badan .Aku harap tak demam .Bila aku tengok keadaan  sekeliling,bunga pon tak seperti diharapkan.Semua togel.Punah harapan aku nak tengok view cantik.Jadi aku pon tanpa berlengah,terus masuk balik dalam bas.Bas panas woo.Tak lama aku masuk ,bas pon jalan.Memang ontime dia jalan.Kalau kata pukul 5,pukul 5 jugak la dia jalan walaupun takde orang.Kalau tempat kita,mawu berejam tunggu.Sampai bas penuh baru nk jalan.pffsst..

Then,tibalah dia berentikan semua penumpang di stesen cheongpyeong.Ni cerita lawak.Masa turun tu aku mamai-mamai.Tengok apsal stesen ni lain dari waktu aku sampai.Ha kau,waktu ni aku dah gabra.Siap tanya kat driver,aku nak ke gapyeong station.Driver tu boleh cakap "apsal pulak nk ke gapyeong?"Ehh..Aku siap tegaskan nk ke gapyeong jugak sampai driver still cakap  WHY???.Banyak kali jugak dia why kt aku.Malas nak bertekak,aku ikutkan je driver tu Aku  masuk ke cheongyeong stesen tu dengan otak yang blur.Dalam hati mesti terlebih bajet sebab terpaksa naik itx.By the way,kos ITX sgt mahal berbanding dengan subway biasa.Dengan hati yang gundah gulana,aku pun touch t money aku dan search laluan mana aku nak ambil.Sekali aku bukak map gyeongcheon line,aku tepuk dahi.Menyumpah sambil ketawa...Padanlah driver tu beria suruh aku naik dari stesen ni sebab stesen cheongcheon  makin dekat perjalanan aku nak ke seoul.Aduhai..berderai aku ketawa..bahahahaha...

.Cuaca makin lama,makin sejuk.Orang korea pom pakai baju bubble-bubble.Ntah mesti dorang tengok aku steady ke hape budak ni pakai baju nipis waktu sejuk yakmat.Bila memikirkan destinasi esok ke mount seorak,aku pasti cuaca kat sana lagi sejuk dari seoul.Aku fikir,ehhh tak boleh jadik ni.Kalau tak beli winter coat,bole mati kesejukan.Ada tak balik malaysia nanti.Jadi,aku putuskan untuk ke namdaemun market mencari winter coat.Aku bajet dalam 20000 won la paling mahal.Nasib baik masih ada baket yang berlebihan..Tiba di subway namdaemun,mata aku tiba-tiba terpandang satu kedai ni..WINTER COAT 10000 WON ONLY..oiii,ni cantik sangat ni..Tak payah aku bersusah payah meronda satu namdaemun nak cari winter coat.Kedai ni memang terbaikla.Winter coat cantik belaka.Aku siap nak amik dua,tapi memikirkan beg tak seberapa,aku terpaksa pilih satu je.Siap bayar,terus balik hostel.Ngantuk gile.Nak charge energy untuk aktiviti esok,HIKING..

#winter coat 10000 won...

bersambung....