Tuesday 12 February 2019

Hidden gems Busan:Haedong Yonggungsa Temple dan Choryang ibagu gil Road


entry sebelumnya part 7

Day 9: 27hb Mac 2018

Pejam celik sudah hari ke 9 aku bermusafir di Korea.Tak sangka sekejap masa berlalu.Untuk itinerary hari ini,aku cadang nak ke haeundae beach,yonggungsa temple dan jelajah choryang ibagu gil road.Tak lupa juga jjcm korean food hunter.

Lepas breakfast,aku terus search cara nak ke Haedong Yonggungsa Temple.Seperti yang aku beritahu sebelum ini,aku akan search di Korean Transit guide.Apps ni sangat membantu sebab dia akan sertakan sekali kos perjalanan.Jadi korang boleh bajet kos untuk tambang.

Direction ke Headong Yonggungsa temple:

1.Dari busan station ,ambil subway ke Haeundae station (line 2)

2.Keluar exit no 7 dan terus ke haeundae bustop.Ambil bas no 181 atau 100 ke Yonggungsa  temple national fisheries.

3.Tambang sehala 1300 won.Masuk ke temple adalah percuma.

# bustop haeundae.


#gerai di sepanjang laluan ke haedong yonggusa

#gerai jual makanan exotic..

#me year of rabbit



#buddha for granting a son





#hello there...










#unlocked


Bila ko da lalu area gerai-gerai ni,mula la mata aku mencari yg agak-agak ko boleh telan.Yang pasti halal.Akhirnya,aku memilih satay octopus.Sebatang dalam 3000won.Tidaklah aku kata mengenyangkan ,tapi sekadar snack untuk hari ni.

#proses membakar



Untuk JJCM korean food,aku memilih untuk mencuba salah satu makanan terkenal di busan iaitu bokguk ji Mesti korang nk tau ape bende makanan bokguk ni kan.Ha,Bokguk means Puffer fish soup.Aku pon taktau ikan puffer tu hape.Korang searchla kt gugel.hahah..

Lama jugak aku search kedai mana yang halal untuk aku menikmati Bokguk ni.Last,aku jumpa di website halal korea.Dorang suggest untuk makan di Wonjae halmae Bokguk.Halmae means grandma.Sangat reccomended korang untuk cuba dish ni di wonjae halmae bokguk.Halal toiyiban.

Alamat : 1 Dalmaji gil 62beon gil Jung 1(il) dong

Direction to Wonjae halmae bokguk:

Option 1

1.Dari yonggungsa nasional fisheries,ambil bus no 181.Turun di Full gospel church

2.Jalan 3 minit ke  Junggang station.

3.Dari junggang station,menapak dalam 30minit ke wonjae halmae bokguk

atau

Option 2

1.Dari yonggungsa temple,ambil bas 100 dan turun di hentian  Mipo mountain road.

2.Jalan 2 minit dan anda akan sampai di destinasi.

*time ni ,aku guna google maps.Mapsme tak bole locate tempat ni.

#wonjae halmae bokguk

#halmoni.


Masa aku masuk kedai,memang takde orang.Mungkin sebab belum time lunch lagi.Mata aku terus mencari spot baik untuk melantak.Maka,aku terus ke tingkap mengadap laluan ke pantai haundae.Kedai ni terkenal dengan hidangan bokguk.Hidangan bokguk ini agak femes di Busan.Makanya,aku memilih untuk mencuba hidangan tersebut.

Hidangan Bokguk terdiri dua pilihan samada bok jiri (puffer fish soup) dan bok muentang (spicy puffer fish soup).Kedai ni banyak juga menu yang boleh korang cuba.Tapi sebab aku pon dah decide lama nk cuba sup pedas,maka aku memilih bok meuntang.Harga bagi set bok jiri atau bok meuntang adalah 9000won.Potion sesuai share berdua.Cuma perlu tambah nasi je lagi.Tapi sebab aku pon sorang,rugi  kalau aku tak licinkan.Memandangkan harga dia kalau convert to rm maunye rm30..Banchan dia pulak,memang terbaik. Reccomended.Sedap oii.Lagi-lagi  taugey pedas tu.Feveret.Rasa nak mintak resepi je.Rasa bok muentang ni xdela pedas mcm asam pedas tu.Nampak je merah,tapi tak kick pon pedas dia.Tapi kalau tekak melayu,aku rasa korang mintak tambah gochujang lagi kt dalam sup.Rasa pulak,sangat menyegarkan.Sesegar air laut gitu..hahah

#banchan je banyak gini.Kenyang makan banchan je oii..Tapi aku suke betoi dengan banchan taugey pedas tu.

#mengiurkan..

#alhamdulillah.selesai

#farewell ..

Selesai membuncitkan perut,aku segera ke tempat seterusnya,iaitu Choryang ibagu gil road.
Choryang ibagu road terletak berdekatan dengan busan station.Disebabkan inilah aku memilih  utntuk menginap di busan suk bak dot com. For more infomation ,korang bole ketik kat choryang ibagu gil road

Laluan Choryang ibagu gil road:

Namseon Storage (Site) → Former) Baekje Hospital → Damjang (Wall) Gallery → Dong-gu Inmulsa (Famous Figures) Wall → Ibagu Stop → 168 Do.Si.Rak.Guk → 168 Steps → Well Site → 168 Monorail → Kim Min-bu Observatory → 6.25 Makgeolli → Ibagu Chungjeonso (House) → Dangsan Shrine → Ibagu Gongjakso (Studio) → Jang Gi-ryeo Deo Nanum Center → Skyway Parking Lot → Yu Chi-hwan Post Box → Kkakkomak → Kkakkomak Café


#hospital Baekje.Dibina pada tahun 1922.Hospital moden pertama di bina di busan




#famous figure wall.




#168 stesen monorail

#perigi yang dahulunya merupakan tempat mencuci baju.

#168anak tangga

#ukiran rumah comel disetiap anak tangga 


#pemandangan dari atas



Sebenarnya kaki aku tak larat dah pon nak buat full tour choryang ibagu gil road.Tour aku cume sampai di 168steps saja.Bila fikir sekarang,memang rugi apasal lah aku tak continue je walking..aihhh..Maybe sebab jiwa pon dah fikir balik rumah sama.haaaaa...Malam itu aku lepak je lat dalam bilik sebab esok pagi pagi buta aku nak kene gerak awal ke airport memandangkan waktu berangkat pukul 10.30am.

Day 10 :28hb mac 2018

Hari ini hari keberangkatan aku pulang ke malaysia.Seawal 4 am aku check out.Aku tak boleh bayang macam mana aku nak bawak barang barang ni ke airport.Berat gila backpack .Kiri kanan mengangkut.Time ni aku rasa macam rugi tak bawak beg tarik.Hahaah..Hazab mendatang bila ko bawal backpack berat macam gajah,tapi dalam subway ko tak dapat seat langsung.30 minit dalam subway tanpa duduk bagaikan 2 jam oii ..Plus ko angkut gajah kat belakang.Nasib jugak tulang aku sekuat tulang wolverin.Aiceh..

Sampai je di airport,aku terus capai troli,letak beg.fuhh lega akak.Tercari -cari kaunter check in.Duit pon masih berbaki,jadi aku decide nak pekena Lotteria untuk kali yang terakhir.Tapi sebelum tu,aku pergi kat information center untuk bertanyakan tentang no kaunter check in airasia.Dah pasti,aku terus ke tingkat dua untuk melantak Mozarella shrimp burger.Nyumeh beb.Padu..

Sepanjang aku berada di korea, pengalaman berseorangan disini memang aku takleh lupa.First time kot. Alhamdulillah, most dari plan aku terlaksana dengan sempurna. Yang aku paling ingat waktu nk solat time hiking ke mount seorak. Uii,mencabar kot. Dengan air sejuk bagai ais.,pastu solat belakang batu. Nasib baik takde orang lalu. Kalau tak, mau dia kata aku buat kurafat. hahaaha.So sesiapa yg rasa nk try solo tu, bolehla cuba negara korea or jepun. Recommended. .

Selamat tinggal Korea....
#alas paper group Wanna one. heee

#anneyo..Saranghe



No comments:

Post a Comment