Monday, 21 May 2018

Cuci-cuci mata di Bandar Seoul (part 1)/ iSEOUL u

entry sebelumnya part 3

Day 4 : 21hn mac 2018 / Seoul

Kaki masih terasa sakit akibat hiking semalam.Jadi aku decide untuk keluar meronda lambat sikit hari ni.Destinasi pertama yang aku tuju ialah EID restoran di itaewon..Eid ni memang femes dgn travelers muslim.Lagi-lagi bila semua orang dok viral,makin meriahlah kedai ni.Tak silap aku restoran ni dibuka seawal 10pagi..Jadi ,untuk pastikan aku tidak berebut dengan orang,aku decide untuk pergi pukul 10 pagi.Awalkan nak makan tengahari..Menu aku dah siap-siap fikir masa kat malaysia lagi.Haaa....

Menggunakan maps.me,aku berjalan berdasarkan direction yang diberi.Punyala mencanak jalan dia.Agak-agak kalau buat marathon kat area sini,mawu semua kaki runners kengkang..

#common neighborhood in korea.
Rasa macam masuk dalam drama korea..

#tangga lagik..

#jalan ke Eid

Dalam setengah jam berjalan,Akhirnya aku tiba di destinasi.Kedai dia comey je,kecik.Cuma muat beberapa customers je.Kalau penuh,bole duduk beratur kat luar.Masa masuk kedai,takda sape pon lagi dalam kedai.Aku syak aku adalah 1st customer.Orang melayu kata"pecah telur"...Rezeki oiii..Toksah berebut dengan orang.hahaha..Ada 2 orang staf melayu,so tak susah korang nak berkomunikasi..Menu yang aku pilih adalah Bulgokgi.Harga 10000won.Toksah gedik nak convert oke.Enjoy je..Tak lama aku duduk makan ,ramai customer aku syak dari malaysia datang.Makin lama,makin ramai,siap ada duk beratur kat luar.Aku pon segera habiskan makanan aku.Kesian orang duk tunggu kat luar.Lagipon buat ape lama-lama lepak dalam kedai kalau kau dah ada plan nak tour bandar.ye tak..hahaha..

#bulgokgi in the house.nyummeh

#1st customer..

#feveret salad,telur,kimchi..Aihh sume sedapla..
#settle melahap..blurpp

Lepas aku licinkan makanan aku secepat yang mungkin,aku menuju ke masjid itaewon yang terletak tak jauh dari restoran Eid ni.Tak complete rasanya kalau tak singgah ke masjid.Masa aku sampai,dah masuk waktu zuhur..Memandangkan hostel pon dekat je,aku pilih nak solat je kat hostel.Mudah..Datang sekadar nak amik gambar je.hahah...

#Masjid itaewon

Destinasi seterusnya Gyeongbukgung palace.Sepatutnya dalam itinerary,aku nk tengok pertukaran guard kat gyeongbokgung.Tapi sebab aku keluar lambat,jadi tak dapatlah tengok dorang changing guard.Padan muka,salah sendiri.Dari itaewon nk ke gyeongbukgung palace ,korang ambik line 3 ke gyeongbokgung station.Keluar je dari stesen,terpampang istana  tu depan mata.Tiket masuk 3000won sahaja..

Tak silap aku,istana ini dijadikan sebagai istana rasmi semasa pemerintahan maharaja Taejong aka Lee bangwon dan mengisyhtiharkan Seoul sebagai ibu negara Joseon.Beliau merupakan anak kelima Maharaja Taejo @ Lee sung gye.Lee bangwon juga merupakan salah seorang yang terlibat dalan misi menggulingkan kerajaan Goryeo dan menjadikan Joseon sebagai dinasti baru bagi kerajaan Korea.

#main entrance

#jodoh tak kesampaian.




#Gyeonghoeru (Royal banquet hall)

Setelah berpuas hati ,aku pon keluar dan terus menuju ke arah Gwanghwamun Square.Disini terdapat statue of King sejong dan juga Yi sunshin.Korang yang kaki drama korea mesti pernah tengok Deep rooted tree.Antara cerita feveret aku.

#statuecof king sejong

#Yi sunshin.
Dikenali kerana kemenangan semasa Imjin war


Al kisah,King sejong merupakan pencipta tulisan korea dan maharaja keempat dinasti Joseon.Seperti yang korang tahu,Sejong merupakan anak feveret maharaja Taejo.Semasa beliau mengumumkan tentang tulisan ini,beliau menerima banyak bantahan dari golongan bangsawan dan juga golongan akademik terhadap tulisan ini.Kononnya untuk mengekalkan tulisan cina dan juga ilmu dari Ming.Tapi akhirnya,Sejong berjaya menyebarkan tulisan ni keseluruh korea dan digunapakai hinggala ke hari ini..
..Tamat..

Plan asal ,aku nak masuk ke muzium king sejong dekat  gwanghwamun square.Tapi aku tak jumpe jalan masuk ke muzium..Tengok dekat intenet,macam senang..Takdak rezeki la tu..Maka,aku meneruskan perjalanan aku ke Cheongyecheon streem.Masa nak guna mapme,sila isi cheongyecheon plaza.Nanti dia akan bawak ke arah cheongyecheon streem.Apa yang femesnya pasal cheongyecheon ni??.Awalnya,cheongyecheon ni hanyala longkang tepi rumah setinggan,macam sg seget dolu-dolu.Tapi ,pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mencantikkan longkang ini dari itik menjadi swan..Kalau view malam lagi mengancham.auww..





#hati-hati lalu bawah batu ni.Aku hampir di'tahi'kan oleh merpati..Nasib sempat elak macam adegan matrik.ohoo

#togel seperti togelnya money pocket aku
Next destination ialah Myeongdong..Lagi ???Kali ni bukan nak shopping tapi nak jjcm street food.Menurut mapsme,dari cheonggyecheon streem cume mengambil masa lebih kurang 15-20 minit berjalan je untuk sampai ke myeongdong.Masa ni mapsme buat bengong dia.Bole pulak anak panah berpusing-pusing.Dah tu lambat pulak nak update.aihhh..Time ni ,aku macam agak lost.

Tengah dalam situasi lost,aku ditegur oleh seorang lelaki korea..First impresion,not bad..Dia kata why not dia temankan aku ke myeongdong memandangkan dia pon free..Aku apalagi,dah ade orang offer jadi guide,follow jela.Umur dia 26thn.wow.Anak ikan...Berbual-bual tak sedar dah sampai myeogdong.Ntah macam mana,aku bolehla terajak dia mengeteh kat cafe untuk sambung berbual.Dia tanya pasni aku nak kemana.Aku jawab cume round myeongdong je,esok baru nak ke seoul tower.Eh dia kata,why not dia teman je malam ni pergi seoul tower ngan aku.Dia kata malam lagi cantik.Aku bile dah di offer begitu,aku on jela.Masa berbual tu ,aku cam perasan dia ni dah lain je.Aihh,cuak pulak bile tiba dia kata suke kat aku..OMG nak..Baru jumpe tak sampai 1jam,ko dah suke kat aku???kejap naw bole suke kat org.Psycho ke hape hanat ni.Bila aku tengok dia semacam je,aku decide nak bla je.Tu pon dia buat muke merajuk pasal aku taknak teman dia makan.Ehh.???Lantak kau nak merajuk ke hape,aku nak berambus.So,seoul tower malam ni cancel.Mood aku terus hilang pasal si hanat ni.Demmit..
#si hanat belanja kopi pait gile nak mampos.By the way,thanks.

Even mood aku dah melayang jauh,aku tetap teruskan juga dengan jjcm street food aku.Aku cuba tak mau fikirkan sangat incident tadi sebab nanti aku jugak yg rugi.Tu pun aku cuba sikit je street food.Padahal dalam list banyak aku nak try.
Ahh,kacau...

#teobokki ,3000won.Ntah nape aku rase tak sedap.Mybe sebab aku layan sangat mood aku kot.aihhh..

#egg bun.Sodap 3000won.Kat busan lagi murah 2000won je.


#masih hidup jugak kedai-kedai jual poster idol dalam zaman dihujung jari ni..Bende lagha.


Masih lagi terbawa-bawa dengan mood tadi,aku rasa balik hotel untuk ubat hati ni.Makan nasi briyani kambing dengan milo panas.Sambil tu layan cite Sicchin kat youtube.Eh??kene ke kambing dgn milo??Bolehla nab,asal hati ni tenang..

bersambung....

No comments:

Post a Comment